Legasi Mulia Disambung Anggota PKC Dua Generasi

2021-06-19 19:17:06  CRI
Share with:

Legasi Mulia Disambung Anggota PKC Dua Generasi_fororder_2021061711091634308

Pada 11 Mei 2020, Xi Jinping yang mengadakan tinjauan di provinsi Shanxi bertemu mesra dengan penghuni kampung.

Momen beliau duduk bersembang dengan rakyat sentiasa segar dalam ingatan ramai.

Karisma Xi Jinping yang mesra dengan rakyat dikatakan amat mirip dengan ayahnya, Xi Zhongxun.

Legasi Mulia Disambung Anggota PKC Dua Generasi_fororder_2021061711255713091

Pada 1978, Xi Zhongxun yang berusia 65 tahun ditempatkan bertugas di provinsi Guangdong. Beliau telah meninjau 21 kaunti tempatan semasa cuaca panas terik.

Xi Jinping yang sedang menuntut di Universiti Tsinghua ketika itu juga bersama ayahnya turun padang ke kawasan desa.

Gaya kerja ayah yang mementingkan tinjauan lapangan menjadi teladan kepadanya.

Legasi Mulia Disambung Anggota PKC Dua Generasi_fororder_2021061813452571526

Semasa bertugas di suatu tempat, Xi Jinping sentiasa meluangkan banyak masa untuk mengadakan tinjauan di peringkat akar umbi.

Begitu juga selepas menjadi pemimpin negara, Xi Jinping selalu menjejakkan kaki ke pelbagai tempat untuk melihat sendiri kehidupan masyarakat, dan meninjau aktiviti pengeluaran.

Legasi Mulia Disambung Anggota PKC Dua Generasi_fororder_2021061711030196664

Xi Zhongxun ialah seorang yang berjimat cermat dan amat mengutamakan asuhan kepada anak.

Sifat ayah yang mulia itu sentiasa diteladani Xi Jinping.

Semasa mengadakan tinjauan, Xi Jinping mengarahkan supaya layanan diberikan pada tahap sederhana bagi mengelakkan pembaziran.

Legasi Mulia Disambung Anggota PKC Dua Generasi_fororder_2021061711102445258

Mementingkan rakyat, mengutamakan tinjauan lapangan dan berjimat cermat ini antara legasi yang terus disemarakkan Parti Komunis China yang bersejarah seratus tahun.

张哲