Etiopia Hargai Sumbangan Vaksin China

2021-06-20 13:55:11  CRI
Share with:

Etiopia Hargai Sumbangan Vaksin China_fororder_微信图片_20210620131542

Vaksin COVID-19 keluaran Sinopharm yang disumbangkan Persatuan Palang Merah China kepada Etiopia selamat tiba di sini pada Sabtu.

Menteri Kesihatan Etiopia, Dereje Duguma dalam majlis penyerahan merakamkan penghargaan kepada China yang sentiasa memberi sokongan kukuh terhadap usaha negaranya membendung wabak.

Beliau yakin, bekalan vaksin yang disalurkan kepada Persatuan Palang Merah Etiopia itu akan membantu Etiopia mengawal penularan wabak dan memulihkan pembangunan sosioekonomi secepat mungkin.

Duta Besar China, Zhao Zhiyuan berkata, selepas tercetusnya pandemik, kedua-dua negara sentiasa bergotong-royong dan bahu-membahu, sekali gus menunjukkan teladan baik dalam kolaborasi melawan wabak antara China dengan negara Afrika.

China merupakan negara pertama yang membekalkan sumbangan vaksin kepada Etiopia menerusi saluran dua hala antara kerajaan.

Setakat ini, kerajaan China telah mendermakan sejumlah 500 ribu dos vaksin kepada negara itu.

Menurutnya, 40 ribu daripada 100 ribu dos vaksin yang disumbangkan China kali ini akan disediakan kepada negeri Tigray di utara Etiopia.

Selain itu, kumpulan pertama bantuan makanan yang dihulurkan kerajaan China kepada Tigray juga akan tiba pada Julai.

周乔西