Ebrahim Raisi Presiden Baharu Iran

2021-06-20 14:19:43  CRI
Share with:

Ebrahim Raisi Presiden Baharu Iran_fororder_3eda68d4dfdb915ff2e7fe229a3ad47

Ketua badan kehakiman, Ebrahim Raisi memenangi pilihan raya presiden Iran selepas memperoleh lebih 60 peratus undi.

Perkara itu diumumkan Menteri Dalam Negeri, Abdolreza Rahmani Fazli pada Sabtu.

Menurut laporan rangkaian televisyen IRIB, seramai  28.9 juta daripada 59.31 juta pengundi layak keluar mengundi pada pilihan raya kali ini. Antaranya, Ebrahim Raisi mendapatkan sebanyak 17,926,345 atau kira-kira 61.9 peratus undi.

梁靓