Bantuan Vaksin China Tiba Tajikistan

2021-06-21 14:28:25  CRI
Share with:

Bantuan Vaksin China Tiba Tajikistan_fororder_微信图片_20210621102702

China menyerahkan sejumlah vaksin COVID-19 keluaran Sinovac LS sebagai bantuan kepada Tajikistan dalam satu majlis yang diadakan di lapangan terbang  ibu negaranya Dushanbe semalam.   

Timbalan Perdana Metneri Tajikistan, Matloubkhon Sattoriyon pada majlis itu menyatakan penghargaan terhadap sikap muhibah China, negara pertama yang memberi bantuan vaksin kepada Tajikistan, dan bantuan itu turut menyumbang kepada peningkatan keyakinan rakyat negaranya dalam menghadapi penularan pandemik COVID-19 yang sedang berleluasa di seluruh dunia dengan varian virusnya muncul tanpa berhenti.

Menurut beliau, vaksin keluaran China telah mendapat pengiktirafan masyarakat antarabangsa dan dipercayaai akan memberi perlindungan bagi menjayakan Sidang Kemuncak Ulang Tahun ke-20 Pertubuhan Kerjasama Shanghai yang akan diadakan di Tajikistan dan majlis peringatan Ulang Tahun ke-30 kemerdekaan negaranya.

Matloubkhon Sattoriyon komited akan melaksanakan persepakatan penting yang tercapai dengan pemimpin China, mengekalkan trend perkembangan yang pesat hubungan bilateral, memperkasa kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk usaha melawan wabak bagi menyumbang kepada peningkatan konotasi perkongsian strategik kedua-dua negara.

曹捷