Kereta Api China-Eropah Jadi Pelaris Produk Selatan Xinjiang

2021-06-21 13:11:09  CRI
Share with:

Sos tomato dan aprikot, kacang walnut dan biji bunga matahari merupakan antara produk istimewa dari selatan Xinjiang sedang dihantar ke Asia Tengah dan Eropah melalui kereta api kargo China-Eropah.

Menurut statistik kastam daerah Wuchang, Xinjiang, jumlah perjalanan kereta api kargo dari selatan Xinjiang ke negaraa Asia Tengah dan Eropah termasuk Kazakhstan, Itali, Jerman dan Rusia direkodkan 46 kali, dari September 2019 hingga kini.

Ia sekali gus menjadikan catatan jumlah pengangkutan kargo sebarat 50.8 ribu tan dengan nilai sebanyak RMB555 juta (RM355.97 juta).

Menurut kastam Wuchang, para petani dari kawasan Hotan, Kashgar dan  Aksu turut mengubah modus perniagaan terdahulu.

Bagi mereka, pilihan utama ketika ini adalah untuk memasarkan produk istimewa tersebut ke Asia Tengah dan Eropah menerusi kereta api kargo China-Eropah yang berkeupayaan tinggi.

Mengikut kaedah sebelum ini, hasil pertanian Xinjiang biasanya dihantar ke pelabuhan Tianjin di timur China, sebelum diangkut ke Eropah melalui pengangkutan laut.

Kini, produk Xinjiang dapat dihimpunkan di pusat kereta api China-Eropah di Urumqi dan terus dieksport ke luar negara, di samping menjimatkan masa pengangkutan sehingga 50 peratus serta kebarangkalian barang rosak turut berkurangan.

Selain itu, kastam Urumqi turut menubuhkan tetingkap perkhidmatan khas bagi kereta api kargo China-Eropah selama 24 jam.

Dalam pada itu, sistem "kastam digital" atas kerjasama kastam dengan jabatan kereta api membantu untuk memudahkan prosedur kelulusan kastam dan mengurangkan masa hentian kereta api di sempadan.

覃淼