Rai Ulang Tahun ke-100 PKC Dengan Tarian Singa di HK

2021-06-21 14:04:07  CRI
Share with:

Rai Ulang Tahun ke-100 PKC Dengan Tarian Singa di HK_fororder_ws

Tarian bertemakan "seratus ekor singa rayakan ulang tahun ke-100 PKC" telah diadakan di New Territories, Hong Kong semalam.

Sempena ulang tahun ke-100 Parti Komunis China (PKC) dan ulang tahun ke-24 wilayah Hong Kong dikembalikan dalam pangkuan tanah air, lebih 300 orang pemuda dari lebih 100 persatuan Hong Kong telah mempersembahkan tarian singa di sejumlah tapak mercu tanda pada beberapa hari lalu, dan akhirnya berkumpul semalam untuk membentuk satu corak yang terdiri daripada angka "100" dan bendera kebangsaan.

Rai Ulang Tahun ke-100 PKC Dengan Tarian Singa di HK_fororder_ws2

Pengerusi eksekutif jawatankuasa penganjur aktiviti berkenaan mengucapkan tahniah kepada PKC yang sekian lama menyayangi saudara setanah air di Hong Kong, dan berharap agar PKC terus memimpin rakyat China termasuk penduduk Hong Kong maju terus untuk mengecapi kehidupan yang lebih bahagia.

高蕾