Xi Hubungi Presiden Tanzania

2021-06-22 11:39:03  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping telah berhubung dengan rakan sejawatnya dari Tanzania, Hassan menerusi telefon semalam.

Xi menyatakan, persahabatan tradisional China-Tanzania yang dijalinkan pemimpin generasi dahulu kedua-dua negara  terbukti mampu menahan ujian dalam perubahan situasi antarabangsa. China sentiasa berpandangan jauh dan strategik dalam mengembangkan hubungan dengan Tanzania, dan menyokong Tanzania memilih jalan pembangunan yang selaras dengan keadaan negara sendiri.

Xi menegaskan, China bersedia terus memperkukuh rasa saling percaya dalam bidang politik, saling menyokong, bersama-sama melindungi hak dan kepentingan milik negara membangun dan memberi sumbangan positif dalam membentuk komuniti berkongsi nasib China-Afrika.

Selain itu, China bersedia meningkatkan interaksi dalam kerjasama parti kedua-dua negara dan berkongsi pengalaman tadbir urus negara, mempergiat pembangunan bersama dalam kerangka "Inisiatif Jalur dan Laluan" (BRI), melaksanakan persepakatan yang tercapai dalam sidang kemuncak Beijing Forum Kerjasama China-Afrika berdasarkan pembangunan strategik Tanzania melalui penerokaan kerjasama dalam sektor pertanian, lalu lintas, telekomunikasi, pelancongan dan sumber tenaga. Sementara itu, China akan terus menggalakkan dan menyokong lebih banyak syarikat domestik melabur dan berurus niaga di Tanzania.

Hassan pula mengucapkan tahniah atas ulang tahun ke-100 Parti Komunis China (PKC). Menurut beliau, pihaknya tetap memegang dasar 'Satu China', menyokong pendirian China dalam menangani isu yang melibatkan kepentingan teras seperti isu Taiwan, Hong Kong dan Xinjiang, bersedia mendorong pembinaan BRI dan melaksanakan persepakatan yang tercapai dalam sidang kemuncak Beijing Forum Kerjasama China-Afrika sehingga mencapai kemajuan baharu dalam hubungan kedua-dua pihak.

 

张宪