China, Finland Bersedia Kukuhkan Hubungan Perdagangan

2021-06-22 13:45:16  CRI
Share with:

China bersedia berusaha bersama dengan Finland untuk mengukuhkan lagi hubungan perdagangan dua hala berdasarkan kelebihan yang dimiliki masing-masing yang boleh saling melengkapi.

Presiden China, Xi Jinping berkata demikian ketika menghubungi rakan sejawatnya dari Finland, Sauli Niinisto melalui telefon malam semalam.

Presiden Xi menyatakan alu-aluan kepada syarikat Finland untuk terus berkongsi dividen hasil pembangunan China, di samping meluahkan hasrat agar kerajaan Finland terus bersikap terbuka menyokong kerjasama kedua-dua negara dalam pelbagai bidang termasuk pelaburan.

Beliau berkata, China komited meningkatkan pertukaran kakitangan dengan Finland, memperkasa kerjasama dalam bidang penyelidikan dan pendidikan saintifik serta kehidupan hijau dan karbon rendah bagi bersama-sama menghadapi cabaran perubahan iklim. Di samping itu, China juga bersedia bersama dengan Finland untuk mempertahankan amalan multilateralisme, menangani cabaran global yang melibatkan keselamatan dan kesihatan awam serta perubahan iklim menerusi kerjasama antarabangsa demi memacu pembinaan Komuniti Berkongsi Nasib Sesama Insan.

Sauli Niinisto pula menyifatkan China sebagai rakan dagang yang terpenting bagi negaranya di Asia. Beliau berpendapat kerjasama kedua-dua negara dalam bidang teknologi tinggi dan ekonomi kitar semula menunjukkan potensi besar. Menurut beliau, pihaknya amat mementingkan kerjasama dengan China dalam bidang sukan Olimpik Musim Sejuk, dan akan menyertai temasya sukan yang akan diadakan di Beijing. Beliau juga komited akan memainkan peranan positif bagi mendorong kerjasama dan dialog antara Eropah dengan China.

曹捷