Kastam China Rampas Dadah 1.6 Tan

2021-06-22 12:55:10  CRI
Share with:

Menjelang sambutan Hari Antidadah Antarabangsa pada 26 Jun depan, Jabatan Am Kastam China (GAC) mengumumkan pencapaiannya dalam membanteras kegiatan berkaitan dadah pada Isnin.

Difahamkan, sejumlah 850 kes penyeludupan dadah dan 16 kes penyeludupan bahan pengeluaran dadah telah ditumpaskan dengan pelbagai jenis dadah seberat 1.6 tan serta bahan kimia pengeluaran dadah seberat 106 tan dirampas, sejak 2020.

Pada masa yang sama, menurut GAC, pihaknya turut membasmi lebih seratus kumpulan jenayah pengeluar dan penyeludup dadah.

Dalam pada itu, Ketua Pengarah Jabatan Antidadah GAC, Sun Zhijie berkata kegiatan penyeludupan dadah dari luar negara ke China kini masih serius.

"Sekarang terdapatnya dadah tradisonal, dadah sintetik dan bahan psikoaktif yang baharu, sekali gus menjadikan bahan pengeluaran dadah bertambah banyak," tambah beliau.

Dalam pada itu, GAC berikrar untuk terus membanteras rantaian pengeluaran dan penyeludupan dadah, selain memperkukuh kerjasama antidadah dengan negara-negara luar.

"Kami akan rapatkan kerjasama dengan beberapa negara dan kawasan utama supaya pelaksanaan pengkuatkuasaan undang-undang untuk membanteras rantaian penyeludupan dapat dilakukan secara menyeluruh," ujar Sun lagi.

覃淼