Siri Sidang Pegawai Kanan tentang Kerjasama Asia Timur Bakal Diadakan

2021-06-22 13:13:58  CRI
Share with:

Jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian memaklumkan semalam bahawa Sidang Pegawai Kanan Sidang Kemuncak ASEAN-China, Jepun dan Republik Korea, Sidang Kemuncak Asia Timur dan Forum Rantau ASEAN akan diadakan secara maya pada 22, 24 dan 29 Jun. Dalam siri sidang tersebut, para peserta akan berfokus kepada kemajuan kerjasama dan hala tuju perkembangan mekanisme tersebut, di samping itu bertukar-tukar pendapat mengenai isu antarabangsa dan serantau yang menjadi tumpuan sama. Penolong Menteri Luar China, Wu Jianghao akan menghadiri tiga sidang tersebut.

Zhao menyatakan bahawa di sebalik situasi antarabangsa dan serantau yang sedang mengalami perubahan yang drastik, China bersedia bersama-sama dengan pelbagai pihak melalui siri sidang tersebut berusaha untuk memupuk persefahaman dan mengintensifkan kerjasama, menyempurnakan tadbir urus serantau, meningkatkan taraf kesihatan awam dengan usaha bersama-sama, mendorong pembangunan lestari pasca wabak serta memelihara kedamaian, kestabilan dan kemakmuran serantau. 

曹捷