Angkasawan China Nikmati 120 Jenis Makanan dalam Misi

2021-06-23 15:04:52  CRI
Share with:

Semasa menjalankan misi di stesen angkasa lepas, angkasawan China dilaporkan dapat menikmati lebih 120 jenis juadah.

Ketua Pereka Sistem Angkasawan Program Angkasa Lepas Pembawa Angkasawan China, Huang Weifen berkata, antara makanan yang disediakan untuk ketiga-tiga angkasawan itu bukan hanya daging dan sayur-sayuran, tetapi juga ada desert seperti coklat, kuih dan makanan dalam tin.

Menurut beliau, angkasawan tersebut juga boleh menikmati makanan panas pada bila-bila masa di stesen angkasa lepas.

Katanya, dengan penyediaan lebih 120 jenis juadah enak termasuk makanan kegemaran masing-masing itu, ia juga bermaksud para angkasawan tidak akan dihidangkan makanan yang sama berulang kali dalam seminggu.

Difahamkan juga, selain mempunyai rasa yang lazat, makanan tersebut turut mempunyai zat seimbang dengan tarikh luput yang panjang.

Pada misi kali ini, kelengkapan seperti dapur dan ketuhar gelombang mikro dilengkapi di stesen angkasa lepas, sekali gus menyediakan lebih banyak pilihan untuk memanaskan makanan.

Pada hari Khamis lalu, China berjaya melancarkan kapal angkasa lepas Shenzhou-12 yang membawa tiga angkasawan.

Pada 29 Mei, kapal angkasa lepas kargo Tianzhou-2 yang membawa muatan termasuk makanan seberat 6.8 tan dilancarkan untuk bergabung dengan modul teras stesen angkasa lepas Tianhe.

徐国玮