Xi Balas Surat Siswa-siswi Luar Negeri dari Universiti Peking

2021-06-23 11:59:15  CRI
Share with:

Siswa-siswi luar negeri yang menuntut ilmu di China digalakkan berinisiatif mengenali negara Tembok Besar yang benar secara mendalam, berkongsi fikiran dan inspirasi berkenaan dengan lebih ramai orang dan memainkan peranan yang aktif dalam peningkatan persefahaman di kalangan rakyat pelbagai negara.

Demikian surat balas dari Presiden China, Xi Jinping kepada siswa-siswi luar negeri yang menuntut ilmu di Universiti Peking kelmarin.

Xi berkata, berinisiatif mengenali keadaan negara dan sejarah Parti Komunis China (PKC) kondusif bagi kawan-kawan yang berminat mengenali China pada masa lalu, kini dan depan.

Seperti apa yang disebut kawan-kawan, PKC giat membangun ekonomi, membanteras kemiskinan dan menghulur bantuan kepada negara lain untuk membendung wabak COVID-19. Ia kommited merealisasikan sasaran tersebut justru disebabkan ia parti politik yang menyejahterakan rakyat dan memperjuangkan kemajuan umat manusia.

Para pelajar juga dialu-alukan menambah kunjungan di negara China.

Dimaklumkan, seramai 45 orang siswa-siswi dari 32 negara yang menuntut ilmu di Universiti Peking sebelum ini pernah menulis surat kepada Presiden Xi bagi mengucapkan tahniah atas ulang tahun ke-100 PKC.

高蕾