Tiga Siasatan Terhadap AS yang Perlu Dijalankan

2021-06-23 14:00:59  CRI
Share with:

Dalam isu mengesan asal usul COVID-19, Amerika Syarikat (AS) yang maling berteriak maling, asyik memeras dan mengugut China, memfitnah dan mencemarkan nama China,  tidak berhak mewakili masyarakat antarabangsa. Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian dalam sidang media semalam.

Menurut laporan berkenaan, setiausaha penerangan Rumah Putih AS, Jen Psaki ketika menyebut isu penyelidikan terhadap punca COVID-19 pada Isnin lalu sekali lagi mengatakan AS dan rakan sekutunya akan memberikan tekanan kepada China agar negara ini didesak menjadi 'peserta' dalam penyiasatan berkenaan.

Sehubungan itu, Zhao berkata, China telah berulang kali membentangkan pendirian dalam isu itu, dan China menyeru dengan seirus agar siasatan yang menyeluruh dijalankan terhadap AS dari tiga aspek, iaitu mengesan punca wabak di AS, mengenal pasti apa sebabnya dan siapa yang patut bertanggungjawab atas kegagalan AS dalam usaha mencegah dan mengawal penularan wabak dalam negerinya, serta menyiasati masalah yang wujud dalam Fort Detrick dan lebih 200 pangkalan dan makmal biologi AS di seberang laut.

曹捷