China Umum Kemaskini Senarai dan Status Vaksin

2021-06-23 12:51:14  CRI
Share with:

China mengumumkan senarai kemaskini empat vaksin yang mendapat kelulusan untuk dieksport ke luar negara, di sini, pada Selasa.

Empat vaksin termasuk vaksin buatan Beijing China National Pharmaceutical Group (Sinopharm), Sinovac Biotech (SVA), CanSino Biologics dan Wuhan China National Pharmaceutical Group (Sinopharm Wuhan).

Daripada kesemua vaksin tersebut, dua daripadanya iaitu Beijing Sinopharm dan SVA telah disenaraikan sebagai vaksin penggunaan kecemasan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Dalam pengumuman tersebut, turut diberitahu bahawa kesemua vaksin itu telah disuntik secara besar-besaran di negara ini, serta mendapat kelulusan untuk digunakan di lebih 100 negara di dunia.

Menurut Ketua Jabatan Perdagangan Luar, Kementerian Perdagangan China, Li Xingqian, ia secara tidak langsung menunjukkan hasrat China untuk menjadikan vaksin sebagai produk kesihatan awam global, selain memperkukuh kerjasama antarabangsa melawan wabak.

"China menyokong semua syarikat vaksin tersebut untuk meningkatkan bekalan vaksin kepada luar negara agar pelbagai negara khususnya negara membangun dapat dibantu dalam memperoleh vaksin.

"Kami juga akan terus menghulurkan bantuan kepada pelbagai negara yang berhasrat untuk membeli vaksin buatan China," ujar Li.

Tambah beliau, China akan terus membantu syarikat vaksin China untuk merapatkan kerjasama dengan WHO untuk melaksanakan pelan COVAX, serta menjanlankan kerjasama penyelidikan dan pengeluaran vaksin dengan negara luar.

覃淼