Henti Provokasi, Ambil Berat Tuntutan China

2021-07-27 14:52:46  CRI
Share with:

Naib Menteri Luar China, Xie Feng mengadakan pertemuan empat mata dengan Timbalan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Wendy Sherman di Tianjin pada Isnin.

Perjumpaan itu sekali lagi menyaksikan sesi dialog peringkat tinggi antara Washington dengan Beijing, selepas pertemuan diplomat kanan, Antony Blinken dan Yang Jiechi di Anchorage, Alaska, Mac lalu.

Sepanjang perbincangan kali ini, China dengan tulus ikhlas menunjukkan keprihatinannya terhadap hubungan dua negara yang merosot susulan pelbagai isu serta mengetengahkan cara penyelesaian.

Selain lantang menentang provokasi Washington dalam asal usul COVID-19 serta isu Taiwan, Xinjiang, Hong Kong dan Laut China Selatan, Beijing menggesa negara itu supaya segera berhenti mencampuri urusan dalaman dan merosakkan kepentingan China.

AS juga diingatkan supaya jangan bertindak agresif dan meniup bara permusuhan secara bergerombol.

Antara gesaan lain termasuk AS perlu mengubah pemikiran sangat terpesong serta dasarnya yang berbahaya terhadap China.

Baik dari segi pembatalan sekatan visa ke atas anggota Parti Komunis China (PKC) dan keluarga mereka, mahupun penarikan balik kes perbicaraan ekstradisi Ketua Pegawai Kewangan (CFO) Huawei, Meng Wanzhou, semua tuntutan China adalah sah dan munasabah, sekali gus menyediakan penawar kepada hubungan dua negara yang mengalami kebuntuan.

Sudah jelas terbukti bahawa China dan AS dapat saling untung jika bekerjasama, dan sebaliknya akan rugi jika bersengketa.

Justeru, Washington harus menunjukkan kesediaannya melakukan yang terbaik sejajar dengan tuntutan Beijing.

董筱娉