Siasat Makmal Fort Detrick, Tuntutan Masyarakat Antarabangsa

2021-07-28 14:54:33  CRI
Share with:

Siasat Makmal Fort Detrick, Tuntutan Masyarakat Antarabangsa_fororder_1361262934

Tuntutan supaya siasatan dijalankan terhadap makmal Fort Detrick AS dalam usaha merungkai asal usul pandemik COVID-19 dilantangkan masyarakat antarabangsa, susulan WHO tidak menolak kemungkinan virus dibocorkan dari makmal.

Dua peristiwa yang dianggap luar biasa berlaku di AS pada Julai 2019, iaitu pihak tentera menutup makmal Fort Detrick secara tiba-tiba, dan "pneumonia rokok elektronik" yang simptomnya serupa dengan jangkitan COVID-19 dikesan di beberapa negeri di negara itu.

Justeru, timbulnya kesangsian bahawa kebocoran virus berlaku di makmal biologi itu.

Namun, kerajaan AS enggan memberi lebih banyak maklumat dengan dalih “keselamatan negara”.

Kerja mencari asal usul pandemik COVID-19 di China sudah selesai. Menurut laporan penyelidikan bersama yang dikeluarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada penghujung Mac, virus “sangat mustahil” dibocorkan dari makmal China.

Memandangkan WHO kini masih tidak menolak kemungkinan berlaku “kebocoran dari makmal”, maka makmal Fort Detrick yang disangsi ramai patutlah menjadi lokasi utama untuk disiasat. Ini merupakan suatu keperluan bagi penyelidikan saintifik dan juga rayuan khalayak ramai di seluruh dunia.

Sebagai tempat utama yang disyaki asal usul pandemik, AS enggan memberi kerjasama, malah berdegil menghitamkan pihak lain. Sementara itu, negara itu juga bertindak mempolitikkan usaha mengesan asal usul virus. 

Dunia mahu mengetahui fakta dan menentang manipulasi politik dalam isu pandemik.

Hal ini dapat dilihat dengan jelas melalui hasil tinjauan yang dikeluarkan kumpulan pemikir Rangkaian Televisyen Global China (CGTN) akhir-akhir ini.

Menurut dapatan tinjauan itu, 80 peratus responden berpendapat usaha merungkai asal usul pandemik COVID-19 dicemari politik.

张哲