Dunia Senada Tolak Amalan Politikkan Punca Virus

2021-07-29 12:22:57  CRI
Share with:

Tinjauan pendapat kendalian kumpulan pemikir Rangkaian Televisyen Global China (CGTN) mendapati, 80 peratus responden daripada warganet serata dunia mengatakan isu asal usul COVID-19 dicemari unsur politik, dan kerja menyiasat punca harus dilakukan membabitkan banyak lokasi di dunia.

Menurut laporan misi bersama Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan pasukan pakar China bagi menyiasat asal usul pandemik koronavirus pada hujung Mac, teori virus berkenaan tercetus dari makmal virologi di China, dianggap sangat mustahil.

Laporan itu juga menyebut siasatan lebih lanjut yang dijalankan terhadap kes jangkitan awal dalam lingkungan global.

Oleh itu, laporan berkenaan perlu dihormati dan disanjung tinggi.

Namun, segelintir kuasa antaranya Amerika Syarikat (AS) mengambil sikap endah tak endah terhadap laporan saintifik itu, dan sengaja mencemari kerja pencarian punca virus enerusi pelbagai modus operandi.

Baik tindakan tegas terhadap ahli sains, mahupun tekanan besar kepada WHO, bermacam-macam gerak-geri negara itu hanya untuk mengalihkan perhatian domestik dan menjatuhkan reputasi China.

Manipulasi kotor yang dilakukan AS bukan sahaja mengganggu kerja mengesan punca virus di peringkat global, malah juga mencemari usaha sama dunia dalam memerangi pandemik, hingga membangkitkan kemarahan sejagat.

Akhir-akhir ini, hampir 60 negara menerusi surat kepada WHO lantang bersuara bahawa isu asal usul virus tidak boleh dicemari politik.

Hasil tinjauan CGTN berkenaan juga menggambarkan konsensus dunia dalam isu tersebut.

董筱娉