Iltizam Perluas Keterbukaan Takkan Luntur

2021-09-08 14:47:01  CRI
Share with:

Iltizam Perluas Keterbukaan Takkan Luntur_fororder_706fe623cda20abf9f052528c32d97a

Pameran Perdagangan Perkhidmatan Antarabangsa China (CIFTIS) 2021 yang berakhir di Beijing pada Selasa, menyaksikan sebanyak 1,672 hasil dibuahkan dengan jumlah transaksi melebihi edisi sebelumnya.

Sebagai pameran seumpama terbesar dunia, CIFTIS menyediakan peluang  pembangunan keemasan kepada perusahaan global.

CIFTIS memaparkan tarikan dan prospek perdagangan perkhidmatan membabitkan sektor digital, budaya dan pelancongan, teknologi kewangan serta kesihatan dan perubatan, sekali gus menunjukkan kedinamikan dan potensi pasaran China.

Dengan menyediakan satu wadah yang terbuka dan inklusif, pameran berprestij itu berfungsi untuk membantu negara-negara membangun mendapatkan peluang perniagaan, bagi mengurangkan ketidakseimbangan dalam pemulihan ekonomi dunia.

Pameran tahun ini menarik penyertaan perusahaan dari banyak negara membangun termasuk Filipina, Estonia, Kemboja dan Azerbaijan.

Sesi promosi khas turut dianjurkan bagi membantu negara berkenaan memperkenalkan produk dan perkhidmatan masing-masing.

Tekad China untuk memperluas keterbukaannya juga jelas dilihat menerusi CIFTIS, yang turut memberikan dorongan kuat kepada pemulihan ekonomi dunia yang dicemari amalan proteksionisme dan unilateralisme.

Pameran fizikal sudah melabuhkan tirainya, namun acara dalam talian masih diteruskan. Iltizam dan komitmen China untuk memperluas keterbukaan dan mewujudkan situasi menang-menang menerusi kerjasama global takkan luntur.

梁靓