Rungkai Asal Usul Peperangan Yang Dicetuskan 'Kaki Perang', AS

2021-09-14 14:36:04  CRI
Share with:

Menurut media Amerika Syarikat (AS), Setiausaha Negara, Antony Blinken yang menghadiri testimoni Kongres pada 13 dan 14 September berhubung pengunduran pasukan negaranya dari Afghanistan, dijangka susah mengelakkan diri daripada disabitkan kesalahannya dan berkemungkinan menghadapi persoalan yang bukan main tajam. Testimoni itu sebenarnya boleh dilihat sebagai satu jendela bagi dunia luar untuk merungkai asal usul peperangan yang dicetuskan AS, di samping menyaksikan kegagalan hegemoni dan 'pemindahan demokrasi'.

Sebagaimana diketahui umum, AS adalah 'kaki perang' yang paling agresif di dunia. Negara yang hanya bersejarah lebih 240 tahun itu pernah melancarkan lebih 200 peperangan. Untuk mempertahankan amalan hegemoni, sejumlah politikus AS kerap kali mencampuri hal ehwal dalaman negara lain secara ketenteraan, menggembar-gemburkan amalan nilai yang bermodelkan AS bahkan terus menggulingkan pemerintahan negara lain.

Sementara itu, 'kaki perang' ini juga mempunyai pertimbangan yang tersembunyi dalam bidang ekonomi. Pada dua dekad yang lalu, AS yang bertudung "antikeganasan" membantu syarikat perkilangan ketenteraan negaranya mengaut keuntungan dalam bilangan yang besar di sebalik penularan pertempuran. Keuntungan itu pula digunakan dalam misi ketenteraan yang meliputi seluruh dunia, sehingga perbelanjaan ketenteraan AS amat mengejutkan.

Satu lagi, AS yang asyik mengubahsuai negara lain dengan memindahkan demokrasinya secara memaksa, akhirnya mengalami kegagalan setiap kali dan membawa malapetaka yang dahsyat kepada rakyat tempatan.

Manakala, negara sekutu AS pun mengalami kerugian, contonhnya mereka sama sekali tidak pernah ditimbangkan, baik ketika membuat keputusan mahupun semasa pelaksanaan rancangan pengunduran tentera dari Afghanistan.

Bagaimana peperangan membentuk AS dan bagaimana peperangan digunakan AS menjejaskan dunia? Cuba dengar saja jawapan Blinken pada dua hari terdekat ini. Tibalah masa bagi masyarakat antarabangsa bertindak merungkai asal usul peperangan yang dicetuskan oleh AS, 'kaki perang' yang asyik mendewa-dewakan kuasa tentera.

高蕾