Xi Hadir Telesidang Ke-21 Majlis Pemimpin SCO

2021-09-17 17:46:17  CRI
Share with:

Xi Hadir Telesidang Ke-21 Majlis Pemimpin SCO_fororder_1127874731_16318812063371n

Presiden China, Xi Jinping telah menghadiri dan berucap dalam mesyuarat ke-21 Majlis Pemimpin Anggota Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) yang diadakan dalam talian  petang tadi.

Xi menekankan bahawa tempoh 20 tahun yang lalu merupakan masa perkembangan pesat SCO yang menyaksikan tercapainya hasil cemerlang yang menguntungkan pelbagai negara anggota.

Xi Hadir Telesidang Ke-21 Majlis Pemimpin SCO_fororder_1127874731_16318963781691n

Menurut Presiden Xi, SCO sedang menghadapi titik permulaan yang baharu kini. Oleh itu, beliau menegaskan SCO perlu terus memegang kepercayaan terhadap sistem negara masing-masing, menyokong pelbagai negara anggota meneroka jalan pembangunan dan model pentadbiran yang selaras dengan keadaan negara masing-masing. Selain itu, pelbagai negara  anggota disokong terus mendorong pelaksanaan agenda politik yang penting dalam negara masing-masing, dan tidak membenarkan campur tangan dari kuasa luar dengan apa sahaja alasan.

Dalam ucapan tersebut, Presiden Xi juga menekankan bahawa China akan terus menyediakan 2 bilion dos vaksin COVID-19 kepada seluruh dunia, mengintensifkan kerjasama melawan wabak dengan negara-negara membangun sehingga memberi sumbangan sewajarnya bagi usaha mengatasi pandemik ini.

Xi Hadir Telesidang Ke-21 Majlis Pemimpin SCO_fororder_1127874731_16318812063891n

Sementara itu, China akan menawarkan 1,000 kuota latihan bantu miskin kepada negara SCO, membina 10 Bengkel Kemahiran Luban, menjalankan 30 program kerjasama dalam bidang kesihatan, bantu miskin dan pendidikan kebudayaan di bawah rangka tindakan “Sekeluarga Laluan Sutera” dalam tempoh masa 3 tahun kelak.

张宪