Perancis Panggil Balik Duta Besar dari AS dan Australia

2021-09-19 14:35:32  CRI
Share with:

Perancis Panggil Balik Duta Besar dari AS dan Australia_fororder_1099931377

Pada malam 17 September waktu tempatan, Perancis mengumumkan keputusan untuk memanggil balik duta besar dari Amerika Syarikat (AS) dan Australia. Menteri Luar Perancis, Jean-Yves Le Drian dalam kenyataannya menyatakan bahawa keputusan ini adalah tindak balas atas tuntutan Presiden Perancis terhadap "situasi yang sangat serius" yang diumumkan oleh AS dan Australia pada 15, September.

"Situasi yang sangat serius" tersebut merujuk kepada hal mengenai AS, Britain dan Australia mengumumkan untuk menubuhkan satu liga keselamatan tiga hala, iaitu AUKUS serta Australia membatalkan kontrak pembelian kapal selam benilai raksasa yang ditandatanganinya dengan Perancis dan beralih menjalankan kerjasama dengan AS.

Menurut maklumat berkenaan, demi memeterai kontrak berkenaan, Perancis pernah menjalankan banyak kerja dan rundingan dengan susah payah dan akhirnya menjayakan penandatanganan berkenaan pada tahun 2016, lalu kedua-dua negara Perancis dan Australia mengekalkan rundingan tentang perincian kontrak terbabit. Sekarang, semua usaha itu terus menjadi sia-sia saja. Menurut penganalisis CNN, Perancis adalah negara pengeksport senjata yang besar di dunia, dan pembatalan kontrak itu akan menyebabkan jabatan pertahanannya mengalami kerugian komersial yang amat besar.

Perancis adalah sekutu AS dalam tempoh lebih 240 tahun yang lalu. Walaupun pernah mempunyai percanggahan pendapat dan bertengkar dalam sejarah silam, kedua-dua negara itu tidak pernah menghadapi penghancuran kepercayaan seumpama kali ini.

Jelas sekali, sistem sekutu AS nampaknya saling menyokong, tetapi jika berlaku perselisihan yang melibatkan kepentingan ekonomi, keselamatan dan strategi, rakan sekutu pun akan dikhianati.

Tibalah masa bagi Eropah untuk melaksanakan strategi yang berinisiatif dan menggenggam masa depan dalam tangan sendiri. 

曹捷