Tahinah Xi kepada Sidang Kemucnak CELAC Ke-6

2021-09-19 14:50:30  CRI
Share with:

Tahinah Xi kepada Sidang Kemucnak CELAC Ke-6_fororder_xjp

Presiden China, Xi Jinping menyampaikan ucapan video kepada Sidang Kemuncak Komuniti Negara Amerika Latin dan Caribbean (CELAC) Ke-6 yang telah dirasmikan di Bandar Mexico semalam.

Beliau berkata, China mementingkan perkembangan hubungan dengan CELAC dan menyokong komuniti berkenaan mengadakan kerjasama dan mengatasi cabaran melalui usaha menyelaraskan negara serantau. Forum China-CELAC yang ditubuhkan pada Julai 2014 berperanan membuka saluran baharu kerjasama menyeluruh antara satu sama lain. Pada tujuh tahun yang lalu, forum terbabit berkembang baik sehingga menjadi platform utama yang menghimpunkan perwakilan pelbagai kalangan dari kedua-dua pihak yang berhasrat bekerjama dan menyumbang kepada perkembangan hubungan bilateral.

Xi menekankan, China akan berdasarkan kemampuan negara sendiri menyediakan bantuan bagi membantu negara serantau dalam usaha menangkis wabak COVID-19 dan memulihkan pembangunan sosioekonomi. Sementara itu, China bersedia berganding bahu dengan negara anggota CELAC untuk mencipta peluang mendorong pembentukan Komuniti Berkongsi Nasib China-CELAC.

高蕾