Xi Kemuka Saranan Pacu Pembangunan Sejagat

2021-09-22 14:02:53  CRI
Share with:

Xi Kemuka Saranan Pacu Pembangunan Sejagat_fororder_0922a

Presiden China, Xi Jinping mengemukakan saranan mengenai pembangunan sejagat sambil menegaskan tentang perlunya berganding bahu menangani ancaman dan cabaran global.

Menurut beliau, ketika ini masyarakat dunia sedang mengalami perubahan ketara ekoran penularan pandemik COVID-19.

"Dunia turut menempuhi satu tempoh baharu yang menyaksikan pergolakan dan reformasi.

"Pemimpin bertanggungjawab perlu mencari jalan keluar bagi isu semasa dan membuat keputusan secara yakin, berani serta penuh tanggungjawab," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan secara maya dalam sesi perbahasan umum Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-76 pada Selasa.

Tegas Xi, pandemik mesti ditewaskan dan ekonomi perlu dipulihkan, sementara semua negara hendaklah memperkasakan solidariti dan menambah baik tadbir urus global serta mengamalkan multilateralisme.

Xi Kemuka Saranan Pacu Pembangunan Sejagat_fororder_0922b

Berhubung saranan dalam memacu pembangunan sejagat, beliau menyatakan bahawa pembangunan harus diutamakan dalam kerangka dasar makro, manakala penyelarasan dasar diintensifkan antara entiti ekonomi utama bagi membentuk perkongsian pembangunan global yang lebih seimbang dan sama rata.

Di samping itu, beliau menyarankan agar agenda pembangunan dilaksanakan dengan berpusatkan rakyat.

"Pembangunan perlu menyasar menjamin dan menambah baik kehidupan rakyat, serta memelihara dan memajukan hak asasi manusia.

"Usaha pembangunan adalah penting dalam menjamin kesejahteraan rakyat. Ia bergantung kepada rakyat, dan hasilnya juga dikongsi seluruh rakyat,” kata Xi.

Beliau turut menyarankan supaya prinsip saling untung dan terangkum, usaha inovasi, simbiosis antara manusia dan alam serta tindakan praktikal dititikberatkan dalam menjana pembangunan di peringkat global.

董筱娉