Indonesia Terima Semua Rel Keluli Untuk HSR

2021-09-23 12:35:02  CRI
Share with:

Indonesia Terima Semua Rel Keluli Untuk HSR_fororder_99becca14586a69cc2942130718a151

Penghantaran kesemua rel keluli sebanyak 38,100 tan dari China untuk membina landasan kereta api berkelajuan tinggi (HSR) Jakarta-Bandung kini telah selesai.

Ia setelah rel keluli kumpulan terakhir seberat 6,600 tan selamat tiba di Indonesia pada Selasa dengan keseluruhan penghantaran dilakukan sebanyak lima kali sejak November 2020.

Landasan HSR Jakarta-Bandung merupakan sebuah projek ikonik Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) serta kerjasama pragmatik China dengan Indonesia.

Rel sepanjang 142.3 kilometer itu akan menghubungkan Jakarta dan Bandung, yang masing-masing merupakan ibu negara dan bandar keempat terbesar Indonesia, dengan kelajuan operasi maksimum mencecah 350 kilometer sejam.

Projek tersebut akan mengurangkan masa perjalanan di antara kedua-dua bandar kepada 40 minit berbanding lebih tiga jam menerusi lebuh raya pada masa ini, sekali gus mendorong pembangunan ekonomi tempatan.

梁靓