Rancangan China Tunjukkan Tanggungjawab Negara Besar

2021-09-23 15:21:10  CRI
Share with:

Rancangan China Tunjukkan Tanggungjawab Negara Besar_fororder_1127886760_16322541869471n

Presiden China, Xi Jinping pada Selasa mengemukakan inisiatif pembangunan sejagat selain menyeru dunia berganding bahu menangani ancaman dan cabaran global.

"Memandangkan dunia kini memasuki satu tempoh baharu yang menyaksikan pergolakan dan reformasi, pemimpin perlu memikul tanggungjawab untuk mencari jalan keluar, menangani isu semasa dan membuat keputusan dengan keyakinan dan berani," kata beliau ketika berucap secara maya pada sesi ke-76 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA).

Presiden Xi menegaskan usaha perlu dilakukan untuk memerangi pandemik dan memulihkan ekonomi. Selain itu, beliau juga menyarankan semua negara memperkasakan solidariti dan menambah baik tadbir urus global serta mengamalkan multilateralisme.

"China komited memberikan dua bilion dos vaksin kepada negara lain, menghulur bantuan 100 juta dos vaksin secara percuma  kepada negara-negara membangun, selain menyumbang USD 100 juta kepada Kemudahan Akses Global Vaksin COVID-19 (COVAX) pada tahun ini," kata Xi.

Beliau turut mengesyorkan prinsip saling untung dan terangkum, usaha inovasi, simbiosis antara manusia dan alam serta tindakan praktikal perlu dititikberatkan dalam menjana pembangunan di peringkat global.  Menurut beliau, China komited memberikan bantuan antarabangsa sebanyak USD 3 bilion dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Pengerusi Tabung Kuhn AS, Robert Lawrence Kuhn menyatakan bahawa inisiatif Presiden Xi tersebut menyuntikkan "tenaga positif " demi pembangunan global.

Inisiatif yang disarankan oleh Presiden Xi tersebut menunjukkan bahawa China sentiasa mengetengahkan diri selaku pembina keamanan dunia, penyumbang kepada pembangunan global, pelindung tata tertib antarabangsa dan pembekal produk awam. Pembangunan China nescaya akan memberikan peluang baharu kepada seluruh dunia.

覃淼