Pandemik COVID-19 Mungkin Menular di AS pada September 2019

2021-09-23 15:11:37  CRI
Share with:

Pandemik COVID-19 Mungkin Menular di AS pada September 2019_fororder_微信图片_20210923150935

Hasil penyelidikan tentang asal usul pandemik COVID-19 yang diedarkan ChinaXiv Akademi Sains China semalam menunjukkan wabak kali ini berkemungkinan besar menular di Amerika Syarikat (AS) pada September 2019.

Pencarian asal usul virus amat penting bagi operasi mencegah dan mengawal wabak. Menurut hasil penyelidikan sebelum ini, kesan serangan virus telah ditemui di AS, Spanyol, Perancis, Itali dan Brazil sebelum pandemik COVID-19 tercetus di China.

Pandemik COVID-19 Mungkin Menular di AS pada September 2019_fororder_微信图片_20210923150945

Berdasarkan data raya, penyelidik membuat kesimpulan tentang masa paling awal mengesan kehadiran virus di 12 negeri di timur laut AS dan bandar Wuhan dan provinsi Zhejiang China berdasarkan statistik yang telah diumumkan.

Menurut hasil penyelidikan tersebut, kes jangkitan pertama berkemungkinan 50 peratus dikesan di 12 negeri AS tersebut pada Ogos hingga Oktober 2019.  Kes jangkitan paling awal dikesan di negeri Pulau Rhode , iaitu pada 26 April dan paling lewat di negeri Delaware iaitu pada 30 November 2019. Ini semua lebih awal berbanding dengan tarikh kes jangkitan pertama yang diumumkan kerajaan AS, iaitu pada 20 Januari 2020.

Menurut pengiraan komputer, kes jangkitan pertama berkemungkinan 50 peratus dikesan pada 20 Disember 2019 di Wuhan dan  pada 23 Disember 2019 di provinsi Zhejiang . Oleh itu, wabak kali ini berkemungkinan besar menular di China pada akhir Disember 2019. Keputusan ini dilaporkan mematuhi hasil penyelidikan epidemiologi. 

徐国玮