Pemuda Asing Hayati Budaya Pesta Kuih Bulan

2021-09-24 15:16:57  CRI
Share with:

Aktiviti salon Pesta Kuih Bulan bagi acara "Dialog pemimpin muda antarabangsa" anjuran bersama Kumpulan Pemikir Globalisasi dan Institut Pengajian China dan Dunia Komtemporari diadakan di Beijing kelmarin.

Pemuda dari 11 negara asing yang tinggal di China mengadakan pertukaran dan dialog dengan pewaris budaya bukan kebendaan, pakar adat resam dan sarjana di Beijing serta menghayati budaya tradisional dan adat resam Pesta Kuih Bulan.

Para pemuda juga berkongsi konotasi budaya dan fahaman tentang pesta tersebut serta berkumpul dengan keluarga mereka secara dalam talian.

Aktiviti kali ini membolehkan pemuda negara lain menghayati budaya China,  mencari ilham daripada tamadun masing-masing , memupuk persefahaman dan persetujuan untuk membina komuniti berkongsi nasib sesama insan.

徐国玮