Kaedah Pemesanan Bantu Jana Pendapatan Petani di Emin, Xinjiang

2021-09-24 13:46:52  CRI
Share with:

Kaedah Pemesanan Bantu Jana Pendapatan Petani di Emin, Xinjiang_fororder_414506132

Pendapatan kaum tani di Emin, wilayah Xinjiang China semakin meningkat setelah kaedah pemesanan diperkenalkan di kaunti itu.

Mengikut mod baharu tersebut, para petani akan menanam gandum berpandukan permintaan dari pasaran.

Kaedah Pemesanan Bantu Jana Pendapatan Petani di Emin, Xinjiang_fororder_994540131

Sebanyak 15,000 keluarga telah mendapat pesanan daripada pelanggan.

Pada tahun 2020, tempahan dari Syarikat Tepung Gandum Xintianjun sahaja telah menyaksikan 15,000 keluarga berjaya meningkatkan pendapatan masing-masing sekitar 7,710 yuan (RM5,000).

Kaedah Pemesanan Bantu Jana Pendapatan Petani di Emin, Xinjiang_fororder_207904336

Selain itu, syarikat tersebut juga bekerjasama dengan Institut Tanaman Bijian Akademi Sains Pertanian Xinjiang, serta syarikat pemprosesan benih dan koperasi pertanian untuk menjalankan penyelidikan terhadap tanaman gandum sehingga mewujudkan rantai industri yang semakin lengkap.

Kaedah Pemesanan Bantu Jana Pendapatan Petani di Emin, Xinjiang_fororder_2086645204

Antara 72 orang pekerja syarikat tersebut, 82 peratus daripadanya ialah penduduk tempatan termasuk 27 orang etnik Kazak, empat etnik Hui dan tiga etnik Uygur.

Syarikat itu juga menawarkan peluang kerja kepada golongan Orang Kelainan Upaya (OKU).

张哲