China Salur 1.2b Dos Vaksin kepada Dunia

2021-09-24 15:30:47  CRI
Share with:

China sudah menyalurkan 1.2 bilion dos vaksin COVID-19 serta vaksin berbentuk cecair kepada lebih 100 negara dan pertubuhan antarabangsa, menurut Kementerian Luar.

Jurucakapnya, Zhao Lijian berkata setakat ini, China telah menggerakkan bantuan peralatan perubatan kepada 150 negara dan 14 organisasi antarabangsa.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media berhubung pelibatan China dalam usaha memerangi pandemik di peringkat dunia, di Beijing, pada Khamis.

Terdahulu, Presiden Xi Jinping semasa sesi ke-76 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA), mengulangi komitmen dan iltizam China untuk memastikan vaksin COVID-19 dimanfaatkan untuk kebaikan global.

Seperti yang diumumkan beliau, China komited untuk membekalkan dua bilion dos kepada dunia sepanjang tahun ini.

Selain menyumbangkan USD100 juta (RM418 juta) kepada Pelan Peruntukan Vaksin COVID-19 (COVAX), negara Tembok Besar itu berjanji akan berkongsi 100 juta dos lagi kepada negara-negara membangun tahun ini.

“Kami akan melakukan yang terbaik untuk memastikan kesaksamaan dalam akses dan kemampuan memiliki vaksin di negara membangun,” kata Zhao.

Beliau turut merayu kepada pihak-pihak lain supaya terlibat dalam membantu negara membangun menerusi pendekatan praktikal.

董筱娉