China Sokong Usaha Pertahankan Piagam PBB

2021-09-24 15:14:38  CRI
Share with:

China komited  bersama  dengan pelbagai pihak untuk menggalakkan masyarakat antarabangsa menunaikan komitmen terhadap "Piagam PBB", mengamal multilateralisme secara bersungguh-sungguh, memelihara bersama sistem antarabangsa yang berteraskan PBB dan orde antarabangsa yang berasaskan Undang-undang Antarabangsa.

Demikian dinyatakan oleh  Wakil tetap China ke PBB , Zhang Jun dalam sidang " Kumpulan Rakan Mempertahankan Piagam PBB" yang diadakan semalam.

Zhang menyatakan, China juga bersedia berusaha bersama dengan pelbagai negara berkenaan untuk menentang hegemonisme, unilateralisme dan sekatan sepihak, menyokong PBB sebagai platform penting bagi memelihara keselamatan, berkongsi pencapaian pembangunan bagi menguasai nasib dunia bersama.

Mesyuarat Peringkat Menteri " Kumpulan Rakan Mempertahankan Piagam PBB"  dipengerusikan oleh Menteri Luar  Venezuela di New York pada 23 September lalu,  turut diserikan dengan kehadiran Menteri Luar  Algeria,  Bolivia, Laos, Belarus, Iran,Rusia dan lain-lain, dan mengeluarkan "Kenyataan Politik" selepas mesyuarat itu berakhir.

Inisiatif " Kumpulan Rakan Mempertahankan Piagam PBB"  dikemukakan Venezuela dan kumpulan itu ditubuhkan pada bulan Julai lalu.

胡星