Mentari Pertahanan China dan Malaysia Tegaskan Kedamaian dan Kestabilan Serantau

2021-09-28 15:21:45  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_src=http-%2F%2Fm.cnr.cn%2Fmil%2F20190426%2FW020190426358942612350&refer=http-%2F%2Fm.cnr

Menteri Pertahanan China Wei Fenghe telah mengadkaan perbualan secara maya dengan rakan sejawatnya dari Malaysia Datuk Seri Hishammuddin Hussein semalam.

Selain menegaskan kerjasama dalam usaha melawan pandemik dan pemulihan ekonomi, kedua-dua pihak turut menegaskan secara bersama memelihara kedamaian dan kestabilan Asia Pasifik.

图片默认标题_fororder_thediplomat_2021-09-24-2

Setelah persekutuan trilateral AUKUS menyatakan akan menyediakan teknologi kapal selam nuklear kepada Australia, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah menyatakan kebimbangan terhadap persaingan senjata nuklear di rantau ini.

图片默认标题_fororder_HISHAMMUDDIN_HUSSEIN

Datuk Seri Hishammuddin Hussein turut menyatakan akan mengaturkan lawatan kerja secepat mungkin untuk mendapatkan pandangan China mengenai AUKUS.

Pandangan China adalah jelas, menggesa AUKUS banyak mendengar suara masyarakat antarabangsa, membatalkan keputusan tersebut, melaksanakan kewajiban kawalan nuklear antarabangsa, membuat tindakan yang bermanfaat bagi kedamaian, kestabilan dan pembangunan serantau.

ASEAN berusaha mewujudkan Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara.

Dulu, negara yang memiliki kapal selam nuklear termasuk AS, Rusia, China, Britain, Perancis dan India.

Sekiranya ditambah lagi dengan Australia, maka Asia Tenggara boleh dikatakan telah dikepung oleh negara-negara yang memiliki kapal selam nuklear.

Oleh itu, Indonesia dan Singapura bahkan New Zealand turut menyatakan kebimbangan terhadap AUKUS, khususnya pelan peralihan teknologi kapal selam nuklearnya.

Kapal selam nuklear merupakan senjata strategik yang sensitif. Meskipun ia bukan senjata nuklear, tapi ia menggunakan tenaga nuklear.

Bagi negara yang tidak memiliki penyelidikan tenaga nuklear sendiri, penggunaan dan pemilikan kapal selam nuklear akan memberikan mereka risiko besar.

Manakala, risiko impak bahaya nuklear ini pula berkemungkinan akan dipikul oleh semua negara di rantau ini.

Yang lebih bahaya, ketika melihat AS menyediakan teknologi kapal selam nuklear kepada Australia, ada tokoh politik di India dan Jepun turut menyatakan secara terbuka bahawa adakah AS juga boleh menyediakan beberapa kapal selam nuklear kepada pihak mereka untuk mencerminkan hubungan bilateral yang kukuh.

Kalau beberapa negara yang memiliki teknologi nuklear turut mengalihkannya kepada negara sekutu sendiri, usaha kawalan nuklear global sejak sekian lama pasti akan terhancur begitu sahaja..

Adakah Australia benar-benar memerlukan kapal selam nuklear?

Negara itu menduduki satu benua yang jauh daripada apa jua kuasa besar. Ini telah menjadi jaminan keselamatan terbesar bagi Australia.

Bagaimanapun, Perdana Menterinya iaitu Scott Morrison menyatakan bahawa berikutan Australia amat jauh dengan apa juga negara, maka mereka memerlukan senjata jarak jauh.

Maksudnya, Australia perlu kemampuan untuk menyerangi negara yang jauh? Sasarannya siapa?

张弘