Jenayah Dadah Tidak Dimaafkan di China

2021-09-29 15:11:48  CRI
Share with:

Baru-baru ini ada seorang selebriti yang dulu ditahan atas kesalahan penyalahgunaan dadah dilaporkan mempunyai beberapa filem baharu untuk ditayangkan.

Reaksi netizen? Berbondong-bondong yang mengajak orang ramai untuk memboikot filem-filem tersebut.

Di ruangan komen berita tersebut, terdapat pertanyaan yang menarik dari seorang anggota polis tatkala selebriti meminta peluang kedua.

Soalan yang dilontarkan itu mudah, “adakah saudaraku yang terkorban dalam pembanterasan dadah boleh hidup semula?”

Di China, jenayah yang melibatkan dadah tidak dimaafkan dalam masyarakat tempatan.

Ini bukan hanya berkaitan dengan sejarah negara Barat menjual candu ke China secara besar-besaran, tetapi juga masing-masing sedar akan bahayanya dadah terhadap masyarakat dan ancaman ini tetap dihadapi China buat masa ini.

Pada tahun 2019, terdapat lebih 400 anggota polis terkorban dalam pembanterasan terhadap penjenayahan dadah. Umur purata polis pembanteras dadah pula adalah hanya 41 tahun saja.

图片默认标题_fororder_603

Satria masih ingat pernah menonton satu filem dokumentari mengenai pembanterasan dadah kecil masih kecil. Dalam filem tersebut menceritakan polis Zhang Congshun yang terbunuh dalam letupan bom tangan ketika dalam misi menangkap penyeludup dadah.

Yang paling Satria sedih adalah ketika melihatnya anaknya menangis teresak-esak di depan portrait ayahnya sehinggakan air mata jantan Satria turut sama terkeluar.

Baru-baru ini, Satria baca berita dan dapat tahu anak kecil tersebut juga menjadi seorang polis pembanteras dadah, dan turut terkorban dalam misinya pada tahun 2020…

图片默认标题_fororder_0929b.JPG

Dalam kerjaya selama 10 tahun, kes yang disiasatkan beliau melibatkan lebih 27 tan dadah!

Cuba bayangkan risikonya kalau 27 tan dadah memasuki China atau tersebar ke dunia, terutamanya di Asia Tenggara.

Inilah sebabnya China menghukum keras penjanayah dadah, iaitu untuk melindungi rakyat China dan seluruh dunia, selain sebagai tanda hormat kepada anggota polis yang terkorban dalam pembanterasan dadah.

Tapi, yang kecewanya ialah baru-baru ini terdapat tokoh politik pelbagai negara Barat turut menyatakan sokongan terhadap seorang penjenayah dadah yang ditangkap di China.

Robert Lloyd Schellenberg, warga Kanada yang dulu telah banyak kali ditangkap oleh polis Kanada atas kes melibatkan dadah. Setelah dibebaskan dari penjara, ia terus menggalakan penyeludupan dadah rentas sempadan.

Pada tahun 2014, ia ditangkap di China ketika mencuba menyeludup lebih 222 kg dadah ke Australia. Melalui perbiacaan, dia dijatuhkan hukuman mati berdasarkan undang-undang China.

Tak sangka para tokoh politk Barat, termasuk dari Kanada dan Australia turut menyatakan hukuman China telah menjejaskan hak asasi manusia.

Bahkan para diplomat dari Barat dan Jepun berkumpul di Kedutaan Besar Kanada untuk menyatakan sokongan terhadap seorang penyeludup dadah dan menyatakan bantahan terhadap kerajaan China.

Undang-undang China jelas menyatakan bahawa sekiranya seseorang itu ditangkap menyeludup 200 gram dadah, ia akan dijatuhkan hukuman mati. Namun, Robert Lloyd Schellenberg memilih mencabarnya. Adakah ‘mat saleh’ memang sepatutnya diberi pengecualian dalam sistem undang-undang negara lain?

Justeru, setelah meratib tentang hak asasi manusia, adakah mereka bermaksud bahawa 222 kg dadah itu sebenarnya boleh diseludupkan ke Australia?

张弘