AS: Pematuhan JCPOA Selaras Kepentingan Bersama

2021-10-08 16:10:54  CRI
Share with:

Pematuhan terhadap Pelan Tindakan Komprehensif Bersama (JCPOA) berhubung isu nuklear Iran merupakan kerangka terbaik dan paling berkesan bagi menjamin kepentingan bersama.

Demikian dinyatakan jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Ned Price kepada pemberita pada Khamis.

Menurut jurucakap itu, AS, Jerman, Perancis, Kesatuan Eropah (EU), Britain, Rusia dan China bersependapat bahawa Iran tidak seharusnya membangunkan senjata nuklear.

Iran memeterai JCPOA dengan AS, Britain, Perancis, Rusia, China dan Jerman pada Julai 2015.

Menurut perjanjian itu, Iran akan mengehadkan program nuklearnya, sementara masyarakat antarabangsa membatalkan sekatan terhadap negara itu.

Bagaimanapun, AS mengundurkan diri secara sepihak daripada perjanjian tersebut pada Mei 2018, kemudian mengenakan sekatan baharu ke atas Iran.

林莹