Xi Sampai Ucaptama Peringati Revolusi 1911

2021-10-09 12:57:17  CRI
Share with:

Xi Sampai Ucaptama Peringati Revolusi 1911_fororder_1127941581_16337841288611n

Majlis memperingati ulang tahun ke-110 Revolusi 1911 berlangsung di Dewan Besar Rakyat di Beijing pagi tadi, diserikan dengan sesi ucaptama disampaikan Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) yang juga Presiden China, Xi Jinping.

Xi menyifatkan Revolusi 1911 sebagai perjuangan signifikan yang dilakukan rakyat China serta golongan cendekiawan demi kemerdekaan bangsa dan pembebasan rakyat.

Menurut beliau, warga PKC merupakan penyokong, pekongsi dan pewaris setia yang teguh berdiri di sisi Dr. Sun Yat-sen yang mencurahkan sepenuh tenaga dalam usaha revolusi.

Xi turut menyifatkan jalan yang ditempuhi sebagai amat penting sepanjang kebangkitan semula bangsa Cina.

Tegasnya, jalan sosialis bercirikan China, satu-satunya jalan tepat yang dapat membantu merealisasikan rejuvenasi bangsa.

Dalam pada itu, Xi berkata, bangsa Cina tiada gen yang mencerobohi negara lain dan mengejar hegemoni. Selain mengecapi hasil pembangunan sendiri, rakyat China juga berharap agar seluruh rakyat dunia dilimpahi kesejahteraan.

Ketika menyebut tentang isu Taiwan, Presiden itu meluahkan keyakinan bahawa penyatuan semula tanah air pasti akan direalisasikan apabila kebangkitan semula bangsa menjadi kenyataan.

董筱娉