Filem “The Battle At Lake Changjin” Popular Pada Minggu Kebangsaan China

2021-10-11 17:23:59  CRI
Share with:

Filem “The Battle At Lake Changjin” Popular Pada Minggu Kebangsaan China_fororder_src=http-%2F%2Fww3.sinaimg.cn%2Fmw690%2F007d5vcxly1gvaipkiu4jj60qo11dh3f02&refer=http-%2F%2Fwww.sina

Setakat hari ini, kutipan jualan tiket filem “The Battle At Changjin Lake” telah melebihi “Avengers: Endgame” di China.

Punyalah popular filem tersebut sampaikan Satria gagal membeli tiketnya semasa cuti panjang Hari Kebangsaan minggu lalu hinggalah semalam.

Kutipan jualan tiket yang tinggi filem tersebut juga telah menarik tumpuan media Barat. Bagaimanapun, mereka suka menyifatkan filem ini propaganda kerajaan China untuk menghadapi hubungan tegang dengan AS dan korban besar tentera China dititikberatkan.

Sebab filem ini menggambarkan tentera China menewaskan Divisyen 1 Marin AS di medan Korea.

Tapi pertempuran ini, bahkan perang ini sebenarnya bukanlah apa yang dimahukan oleh China.

Pada masa itu, Republik Rakyat China baru ditubuhkan setelah perang melawan pencerobohan Jepun semalam 14 tahun dan 4 tahun lagi perang saudara. Yang menjadi keutamaan adalah pembangunan dan pemulihan sosioekonomi.

Tapi perkembangan situasi tidak mengizinkan. Armada AS telah menyekat Selat Taiwan menghalang tentera China membebaskan pulau Taiwan, di mana rejim Kuomintang melarikan diri.

Situasi di utara juga berpancaroba.

Kita tahu Semenanjung Korea dibahagikan menjadi selatan dan utara setelah WWII seperti Jerman. Tapi Jerman merupakan negara penceroboh dalam WWII, dan Korea pula sebaliknya adalah mangsa. Satu negara yang dulu merdeka dipecahkan, untuk kepenting kuasa besar.

Kita boleh faham tentang perang yang dicetuskan oleh Korea Utara, yang bertujuan untuk menyatukan negara. Pendaratan tentera PBB dipimpin oleh AS di Incheon pula masih boleh beralasan memulihkan aturan antarabangsa ditetapkan selepas WWII.

Tapi tentera AS terus menyerang ke utara, bahkan menyeberangi sempadan mengebomkan bandar China, sekali gus menyebabkan China terpaksa terlibat dalam perang.

Betapa China tidak menginginkan peperangan, ada babak dalam filem “The Battle At Changjin Lake” memaparkan persiapan dan bekalan logistik tentera China yang serba tidak terjamin.

Bagaimanapun seperti apa yang dikatakan oleh seorang askar dalam filem tersebut, “kita menamatkan semua perang, generasi akan datang tidak perlu berperang lagi.”

Pasukan yang masuk ke medan Tasik Changjin secara cemas dulu bersiap membebaskan pulau Taiwan di selatan China, pad kapas pun belum dibekalkan secara sempurna telah memasuki medan yang suhunya -30 darjah Celsius.

Ketika musuh mereka makan ayam belanda panggang dan minum kopi yang hangat sempena “Thanks Giving Day”, pasukan China pula bersembunyi disebalik salji untuk bersiap siaga menyerang hendap terhadap Divisyen 1 Marin AS. Beberapa askar hanya mampu kongsi satu ubi kentang yang membeku.

Ada netizen telah cuba makan ubi kentang yang membeku setelah menonton filem tersebut, nyata nak gigit pun tak boleh!

Tapi, seorang veteran yang hidup dari pertempuran tersebut menyatakan bahawa jikalau setiap askar mampu makan dua ubi kentang sebelum pertempuran, mereka mesti akan memusnahkan Divisyen 1 Marin AS.

Berbanding sikap sombong Panglima Douglas MacArthur yang menyatakan memenangi perang dalam tempoh dua tiga bulan, Jeneral Oliver Prince Smith yang memimpin Divisyen 1 Marin AS amat teliti.

Oleh itu, pergerakan Divisyen 1 Marin AS amat lambat daripada jangkaan, memanjangkan tempoh persembunyian pasukan China dalam salji. Ekorannya terdapat tiga kompeni pasukan China dibeku menjadi patung ais mengawal keadaan bersiap menyerang hendap.

Pertempuran pula terpaksa dimulakan sebelum semua pasukan Divisyen 1 Marin AS memasuki kawasan menyerang hendap.

Korban pasukan China memang besar. Pada permulaan filem “The Battle At Changjin Lake” telah tercatat lebih 197 ribu askar China korban di medan Semenanjung Korea. Divisyen 1 Marin AS pula gagal dimusnahkan secara menyeluruh. Tapi ia berjaya memaksa pasukan AS mengundurkan diri dari Pelabuhan Hungnam ke selatan, AS terpaksa berunding dengan China.

Bayaran lebih besar bagi China, pembebasan terhadap Pulau Taiwan terganggu. Tapi berjaya menewaskan tentera persekutuan belasan negara dipimpin AS juga menjamain situasi damai dalam puluhan tahun selepas itu untuk pembangunan ekonomi China.

Ada seorang kawan Satria menyatakan di media sosial selepas menonton filem tersebut bahawa filem “The Battle At Changjin Lake” tiada babak bonus pada bahagian akhir. Tapi setelah keluar dari panggung, melihat kemakmuran tanah air pada hari ini dan rakyat yang gembira menyambut Hari Kebangsaan, inilah “bonus” sebenar korban para pahlawan di Tasik Changjin.

Ini bukan propaganda, ini pewarisan semangat.

张弘