Usaha Perlindungan Kepelbagaian Biologi di China Kini Pamerkan Hasil

2021-10-12 14:45:34  CRI
Share with:

Usaha Perlindungan Kepelbagaian Biologi di China Kini Pamerkan Hasil_fororder_src=http-%2F%2Fwx4.sinaimg.cn%2Fcrop.0.0.1916.1066%2F006C3CYZly1gvaj8upuwqj61hb0tmjup02&refer=http-%2F%2Fwx4.sinaimg

“Dua ekor oriol bersiul di atas pokok willow, sekawan bangau berterbangan ke langit.”

Puisi dari penyajak tersohor pada Dinasti Tang (abad ke-6), Du Fu ini cukup terkenal oleh setiap kanak-kanak di China.

Puisi yang menggambarkan pemandangan indah dan kepelbagaian biologi di kawasan desa dinamakan sebagai “puisi landskap”.

Sebenarnya, kepelbagaian biologi di China selalu menjadi inspirasi kepada para penyair atau penyajak purba kala China dalam penghasilan karya masing-masing.

Antara lebih 300 puisi dalam “Kitab Puisi Shijing” yang tertulis pada abad ke-11 sebelum masehi hingga abad ke-6 sebelum masehi, terdapat lebih separuh menyentuh pelbagai tumbuhan dan haiwan.

China merupakan negara pertanian sejak sekian lama dalam sejarah, kehidupan orang China sangat berkait rapat dengan pelbagai biologi yang hidup bersama di sini.

Bagaimanapun dengan pembangunan industri, kepelbagaian biologi juga pernah menghadapi ancaman.

Satria masih ingat filem “Mountain Patrol: Kekexili” yang ditonton ketika masih kecil. Filem ini menceritakan para penjaga gunung di Kekexili berlawan dengan para pemburu haram dan akhirnya terkorban ketika cuba melindungi antelope Tibet.

Selendang yang diperbuat daripada Kashmir antelope Tibet dipanggil “shahtoosh”, dalam bahasa Parsi ia bermaksud “raja Kashmir”. Sehelai selendang “shahtoosh” berharga ribuan USD, tapi ia akan mengambil tiga hingga lima ekor nyawa antelope Tibet.

Keperluan besar dari pasaran India dan Barat menggalakkan pemburuan haram yang sangat gila di Kekexili, iaitu kawasan gurun yang tidak diduduki manusia tapi ia merupakan habitat atau “kampung halaman” kepada antelope Tibet.

Keuntungan yang besar dari luar negara menjadikan para pemburu haram mempunyai fasiliti dan senjata yang lebih maju yang bukan sahaja berbanding para penjaga gunung, bahkan polis juga.

Setiap tahun terdapat 20 ribu ekor diburu secara haram. Hingga tahun 1995, antelope Tibet di Kekexili hanya tinggal kira-kira 20 ribu ekor saja. Kalau dengan rujukan trend tersebut, antelope Tibet cepat akan dimusnahkan.

Untuk melindungi antelope Tibet, China mengeluarkan “Kertas Putih Perlindungan Antelope Tibet China”, menyeru kerjasama antarabangsa. Penjualan dan pembelian “shahtoosh” menjadi tindakan haram di arena antarabangsa.

Kekexili juga menjadi kawasan perlindungan semula jadi peringkat negara pada tahun 1997. Pembanterasn secara besar-besran terhadap pemburuan haram diadakan. Dengan usaha selama belasan tahun, pemburuan haram tidak berlaku lagi sejak tahun 2009 dan jumlah Antelope Tibet dipulihkan kepada 300 ribu!

Hasilnya, status antelope Tibet yang dahulunya diletakkan sebagai “sedang menghadapi ancaman pemusnahan”, kini diturunkan kepada “haiwan yang mudah menghadapi ancaman pemusnahan”.

Begitu juga panda yang dilihat sebagai khazanah negara China.

Kini, perlindungan kepelbagaian biologi sudah disedari oleh setiap orang China. Secara peribadi, setiap pagi setelah bangun, Satria akan membuka aplikasi Alipay untuk mempelajari sejenis biologi di China.

Program ini dianjurkan oleh Persidangan ke-15 Negara-negara Anggota Konvensyen Kepelbagaian Biologi (COP15), Tabung Perlindungan Alam Sekitar China, majalah “Chinese National Geography” bersama-sama Alipay.

Selain gambar, ada juga pengetahuan asas mengenai biologi tersebut, bahkan ada audio mengenai biologi tersebut yang diceritakan oleh kanak-kanak.

Satria suka mendengar cerita ini bersama-sama anak ketika makan sarapan dan menyumbang “tenaga hijau” yang dikumpulkan dengan kaedah kehidupan hijau untuk melindungi biologi tersebut.

张弘