China Rasmi Taman Negara Kumpulan Pertama

2021-10-13 14:41:11  CRI
Share with:

China secara rasminya mengumumkan penubuhan taman negara kumpulan pertama pada Selasa.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan, antara taman yang ditubuhkan  termasuk Taman Negara Sanjiangyuan, Panda Gergasi, Harimau Siberia, Harimau Bintang, Hutan Hujan Tropika Hainan, dan Gunung Wuyi.

Difahamkan, ia melibatkan 10 provinsi dan wilayah iaitu Qinghai, Tibet, Sichuan, Shaanxi, Gansu, Jilin, Heilongjiang , Hainan, Fujian dan Jiangxi yang kesemuanya terletak di kawasan utama keselamatan strategik ekologi di negara ini dengan kawasan terlindung seluas 23 ribu kilometer persegi, selain meliputi hampir 30 peratus haiwan dan tumbuhan liar terlindung peringkat negara.  

China Rasmi Taman Negara Kumpulan Pertama_fororder_9500031_1_1_31bca40d-9b6f-4299-92f2-e2c8eacf4536   

Taman Negara Sanjiangyuan yang terletak di kawasan pedalaman Dataran Tinggi Qinghai-Tibet , dengan keluasan kawasan perlindungan 190,700 kilometer persegi, mewujudkan perlindungan komprehensif terhadap sumber Sungai Yangtze, Kuning dan Lancang.

China Rasmi Taman Negara Kumpulan Pertama_fororder_9500031_1_1_47448e14-9eb3-444f-a495-74ea15e31c37

Selain itu, ia juga dikelilingi oleh gunung glasier dan salji, tanah lembab beraltitud tinggi, padang pasir Gobi, padang rumput di kawasan Alpine.

Kaya dengan kepelbagaian ekologi dan struktur serta fungsinya yang lengkap, Taman Negara Sanjiangyuan merupakan antara contoh perlindungan ekosistem alpine di Dataran Tinggi Qinghai-Tibet yang dikenali sebagai kutub ketiga bumi.

China Rasmi Taman Negara Kumpulan Pertama_fororder_9500031_1_1_6f352fbb-c05f-4b44-86ab-78138a9b5898

Sementara itu, Taman Negara Panda Gergasi yang merentasi tiga provinsi iaitu Sichuan, Shaanxi dan Gansu dengan keluasan 22 ribu kilometer persegi, adalah habitat kepada 70 peratus panda liar di China.

China Rasmi Taman Negara Kumpulan Pertama_fororder_9500031_1_1_59c2bc2e-8b20-4e3c-8bf1-0e5a54863bb5

Di Taman Negara Harimau Siberia dan Harimau Bintang yang merangkumi provinsi Jilin dan Heilongjiang dan bersempadan dengan Rusia dan Republik Rakyat Demokratik Korea, ia mempunyai kawasan perlindungan seluas 14,100 kilometer persegi.

Selain merupakan antara kawasan perlindungan paling besar untuk harimau Siberia dan harimau bintang liar, ia juga adalah satu-satunya yang mempunyai kelompok keluarga haiwan yang lengkap di China.

Taman Negara Hutan Hujan Tropika di provinsi Hainan terletak di tengah Pulau Hainan, selatan China.

Dengan keluasan kawasan perlindungan sebanyak 4,269 kilometer persegi, ia menyimpan hutan hujan tropika berbentuk pulau yang paling lengkap dan pelbagai jenis di China dan merupakan antara satu-satunya tempat habitat Hainan Gibbon, iaitu haiwan primat paling terancam dan hampir pupus di dunia.

China Rasmi Taman Negara Kumpulan Pertama_fororder_9500031_1_1_a5fbe473-d374-40c3-bd4b-329e2934dc2c

Bagi Taman Negara Gunung Wuyi pula, ia dikenali sebagai khazanah flora dan fauna di kawasan tenggara negara ini. Di samping itu, Gunung Wuyi juga tersenarai sebagai Warisan Budaya dan Warisan Alam UNESCO dan dianggap sebagai contoh simbiosis antara manusia dengan alam sekitar.

China menubuhkan taman negara bertujuan untuk memelihara sistem ekologi alam yang secara tidak langsung memberikan warisan alam yang berharga bagi keturunan seterusnya.

覃淼