Persidangan COP15 Diadakan

2021-10-13 17:48:03  CRI
Share with:

Sidang pleno peringkat menteri dalam persidangan fasa pertama Perhimpunan Kepelbagaian Biologi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah diadakan semalam untuk membincangkan “membina komuniti berkongsi nasib sesama makhluk bumi”.

Pelbagai wakil secara kata sepakat berpendapat bahawa kepelbagaian biologi merupakan asas kesihatan manusia dan pertumbuhan ekonomi. Sehubungan itu, persidangan kali ini diharap mampu memulakan kemaraan baharu dalam tadbir urus kepelbagaian biologi global, serta mendorong pencapaian matlamat pembangunan berterusan dan wawasan 2050 “keharmonian manusia dengan alam”.

Para wakil berkenaan menegaskan bahawa tindakan kondusif dianggap paling penting untuk mencapai matlamat berkenaan pasca 2020. Oleh itu, perlindungan kepelbagaian biologi perlu diutamakan dalam penggubalan dan pelaksanaan dasar. Mekanisme penguatkuasaan yang terbuka pula perlu dibentuk pada waktu yang sama.

Selain itu, para hadirin juga berkongsi komitmen yang dibuat, langkah yang diambil dan hasil yang dicapai dalam melindungi biodiversiti dan penggunaan berterusan. Kesemua ini dipercayai dapat memberi pengalaman yang berharga bagi pembentukan “rangka biodiversiti global pasca 2020 ”.

 

张宪