Pertemuan Xi dengan Angela Merkel secara Maya

2021-10-14 12:50:03  CRI
Share with:

Pertemuan Xi dengan Angela Merkel secara Maya_fororder_xjp

Presiden China, Xi Jinping telah bermesyuarat menerusi video dengan Canselor Jerman, Angela Merkel semalam.

Xi menghargai sumbangan Merkel dalam mendorong perkembangan hubungan bilateral sepanjang tempoh perkhidmatannya.

Beliau menegaskan, China yang sentiasa memandang hubungan dengan Jerman dari segi strategik untuk jangka masa yang panjang, bersedia mengekalkan pertukaran peringkat tinggi, memperkukuh persefahaman dan persahabatan rakyat, meneroka potensi kerjasama dalam bidang tradisional, serta mempergiat transformasi penggunaan sumber tenaga dan ekonomi hijau dan digital.

Pertemuan Xi dengan Angela Merkel secara Maya_fororder_xjp2

Merkel pula berpendapat Kesatuan Eropah (EU) seharusnya mengembangkan hubungan dengan China secara bebas dan berdikari. Kedua-dua pihak diharap mengintensifkan dialog dan pertukaran apabila menangani masalah yang mencerminkan perselisihan dan percanggahan. Beliau yakin EU dan China boleh menghapuskan pelbagai faktor yang rumit untuk terus mengembangkan hubungan bilateral. Jerman memuji usaha China dalam manangani perubahan iklim dan memelihara biodiversiti, dan sudi bersama China menjayakan ulang tahun ke-50 terjalinnya hubungan diplomatik kedua-dua negara dan mempertingkat kerjasama bilateral dan pelbagai hala bagi bersama-sama menghadapi cabaran global.

高蕾