Harga Penggunaan Penduduk Naik 0.7% pada September

2021-10-14 14:00:24  CRI
Share with:

Menurut data Indeks Harga Pengguna (CPI) dan Indeks Harga Pengeluar (PPI) bagi tempoh bulan September 2021 yang diumumkan Biro Statistik Nasional (NBS), pembekalan dan permintaan pasaran stabil.

CPI naik 0.7% pada bulan September, iaitu lebih rendah 0.1% berbanding dengan bulan Ogos. Antaranya, harga makanan menurun 5.2%, yakni lebih tinggi 1.1% daripada bulan Ogos. Manakala harga barang penggunaan industri dan harga perkhidmatan masing-masing meningkat 2.8% dan 1.4%. Inti CPI yang tidak termasuk harga makanan dan sumber tenaga, dilaporkan meningkat 1.2%, iaitu sama dengan bulan Ogos.

Harga produk industri terus meningkat ekoran kenaikan harga arang batu dan produk dari sebahagian sektor penggunaan tenaga tinggi pada bulan September lalu.

Sementara itu, PPI pula meningkat 10.7%,  lebih tinggi 1.2% berbanding Ogos.

张宪