Prestasi Keseluruhan Perdagangan Luar China Kekal Baik

2021-10-14 14:09:52  CRI
Share with:

Prestasi Keseluruhan Perdagangan Luar China Kekal Baik_fororder_635901453

Menurut data statistik terkini Jabatan Pentadbiran Am Kastam China (GAC) semalam, jumlah import dan eksport China pada tiga suku tahun pertama meningkat 22.7% berbanding tempoh yang sama tahun lalu, mencatat RMB28.33 trilion (RM18.3 trilion). Antaranya import dan eskport masing-masing meningkat 22.7% dan 22.6%. Ini membuktikan melantunnya  perdagangan luar China, dan trend perkembangan yang baik pada keseluruhannya tidak berubah.

Prestasi perdagangan luar China begitu baik pada tiga suku tahun pertama adalah disebabkan ekonomi domestik yang terus pulih yang berperanan meletakkan dasar kukuh. Serentak itu, sejumlah langkah yang pantas yang diambil kerajaan China terbukti boleh mempertingkat keyakinan golongan pengusaha sekali gus menyuntik momentum yang kuat kepada perdagangan luar bagi perkembangan jangka masa panjang. Dan akhirnya, persekitaran luar yang makin diperbaiki juga membawa pengaruh positif kepada China.

Prestasi Keseluruhan Perdagangan Luar China Kekal Baik_fororder_230604364

Maklumlah, selaku negara terbesar dalam bidang perdagangan kargo global, China yang semakin menyerlah dalam pemulihan perdagangan luar, memainkan peranan penting dalam menstabilkan rantai industri dan rantai bekalan sejagat. Sejak tahun ini, China mendahului entiti ekonomi utama yang lain dalam bidang perdagangan luar, sedangkan syernya dalam pasaran antarabangsa juga meningkat sedikit sebanyak. Pangsa pasaran milik China yang lebih tinggi menandakan meningkatnya permintaan dan kebergantungan pasaran global terhadap “buatan China”, dan juga bermakna pasaran China menunjukan potensi yang besar dan konsisten, dan negara ini sudi berkongsi dividen pembangunan dengan sektor korporat sejagat.

Boleh dijangkakan bahawa perdagangan luar China yang berkembang mantap ke arah berkualiti tinggi, akan menyumbang kepada pemulihan ekonomi domestik bahkan dunia secara berturut-turut. 

曹捷