Hutan Paya Bakau di Syurga

2021-10-14 10:53:54  CRI
Share with:

Episod 1 Ucapan Linlin

Suatu hari pada Mei 2007, di kampung Paya Bakau provinsi Ayeyarwady, Myanmar.

Setelah hujan, kampung itu diseliputi kabus. Tidak seperti kebiasaan hari, kampung itu agak meriah pada waktu petang. Puluhan orang berkumpul di dermaga dan membincangkan “tetamu kehormat” yang akan melawat kampung itu. Sebentar lagi, sebuah feri yang membawa kira-kira enam hingga tujuh orang berlabuh secara perlahan-lahan.

Seminggu sebelumnya, penghulu telah memaklumkan satu persatu keluarga bahawa akan ada “tetamu terhormat” datang ke kampung itu. Penduduk dikehendaki memakai pakaian kemas dan cantik serta membersihkan halaman rumah masing-masing. Pada subuh pagi hari itu, penduduk telah mengoreng ketam dan ikan.

“Tetamu terhormat” kelihatan agak muda dan hanya berusia awal 20an. Mereka terdiri daripada warga Eropah, Afrika dan Asia. Ini kali pertama penduduk kampung itu bertemu dengan warga asing.

Menurut penghulu, “tetamu terhormat” adalah rombongan peninjau bersama dari China dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang datang meninjau keadaan perlindungan alam sekitar di kampung itu.

Ucapan yang disampaikan oleh kakitangan PBB tentang biodiversiti, perubahan iklim serta nuetral karbon amat mengelirukan penduduk di kampung itu.

Namun, kehadiran seorang gadis bernama Linlin dari Beijing telah menarik perhatian penduduk kampung itu. Beliau bertanya penduduk setempat apakah barang yang berharga di kampung itu?

Dalam kebingungan, penduduk menjawab kampung mereka adalah kampung biasa dan agak miskin, dan apakah mungkin ada barang berharga?

Linlin menjelaskan, "barang berharga di kampung ini adalah hutan paya bakau. Hutan paya bakau amat penting bagi biodiversiti dan lebih kuat berbanding dengan sebarang empangan buatan manusia ketika mengawal banjir dan tsunami."

"Perlindungan hutan paya bakau merupakan kaedah yang paling mesra alam dan mempunyai kecekapan tinggi untuk melindungi kampung halaman kita. Kita perlu menjaganya seperti menjaga mata kita.”

Tetapi, kayu paya bakau digunakan sebagai bahan bakar di kawasan itu. Malah, terdapat syarikat yang memberikan subsidi kepada penduduk di kawasan itu agar menebang paya bakau untuk membina ladang udang. Nasihat Linlin dan rakan-rakannya tidak dapat diterima oleh penduduk di sana.

Episod 2 Taufan pada Bulan Mei

Pada malam 2 Mei 2008 di Yangon

Ribut kuat melanda bandar berulang kali dan bekalan tenaga elektrik turut terputus. Setelah melanda bahagian barat, ribut tropika lautan Hindi, Nargis terus ke Delta Ayeyarwady di pedalaman Myanmar. Kawasan itu merupakan kawasan dengan kepadatan penduduk paling tinggi dan penebangan hutan paya bakau yang teruk.

Tiada perlindungan hutan paya bakau, taufan mengakibatkan ombak kuat. Kampung Paya Bakau menderita kesengsaraan dan tragedi yang teruk. Bangunan-bangunan musnah dan sejumlah besar penduduk terkorban.

Bukan hanya Kampung Paya Bakau, malah lebih seratus kampung musnah dan seramai 130 ribu orang hilang. Pada 24 Mei 2008, persidangan antarabangsa mengenai membantu bencana taufan Myanmar diadakan di Hotel Sedona di Yangon.

Linlin dan rakan-rakannya mengedarkan risalah tentang perlindungan hutan paya bakau. Mereka menyeru supaya tragedi seperti ini tidak berulang lagi.

Episod ke-3 Hutan Paya Bakau di Syurga

Oktober 2009 di Hutan Paya Bakau Shijiao bandar Fangchenggang Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi, China.

Hutan Paya Bakau Shijiao merupakan kawasan perlindungan alam laut kebangsaan. Keluasan hutan paya bakau itu adalah paling besar di China dan ketiga terbesar di dunia.

Dalam lebih 10 bulan yang lalu, Linlin tamat dari universiti dan bekerja di pertubuhan perlindungan alam sekitar bukan kerajaan. Beliau dan rakan-rakannya telah melawat tapak hutan paya bakau di China seperti provinsi Fujian dan Hainan serta negara-negara di Asia Tenggara seperti Myanmar dan Indonesia.

Beliau dan seorang rakannya membuat “rancangan menyelamatkan hutan paya bakau Myanmar” dan bekerjasama dengan universiti dan badan perlindungan alam sekitar di lima negara di Asia Tenggara dan tujuh provinsi di China.

Beliau menayangkan tragedi akibat taufan Nargis di di pesisir Myanmar pada tahun 2008 serta kesan yang buruk setelah hutan paya bakau dimusnah. Linlin dan rakan-rakannya menyeru pelbagai pihak melindungi hutan paya bakau dan menyumbang kepada pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama makhluk Bumi.

Sebagai ahli perlindungan persekitaran yang terkemuka, Linlin bertanggungjawab tentang kesemua perancangan program termasuk tayangan filem amal, penanaman tanaman alternatif dan pertandingan lukisan hutan paya bakau.

徐国玮