China Menentang Cubaan Politikkan Isu Hak Asasi Manusia

2021-10-14 13:51:29  CRI
Share with:

China menentang cubaan mempolitikkan isu hak asasi manusia, mencampuri urusan negara lain melalui isu hak asasi manusia dan pengamalan dwistandard dalam isu itu. Demikian dinyatakan Naib wakil tetap China ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Dai Bing dalam sesi dialog antara Jawatankuasa Ketiga Perhimpunan Agung PBB dengan pesuruhanjaya kanan PBB bagi urusan hak asasi manusia semalam.

Dai Bing berkata, China mengemukakan bantahan terhadap Amerika Syarikat (AS), Britain, Perancis dan Kesatuan Eropah yang mengada-adakan dusta untuk memfitnah dan memburukkan nama China dengan niatnya mencetuskan konfrontasi lagi, tanpa mempedulikan hasrat negara anggota PBB yang lain untuk meningkatkan perpaduan dan dialog. Kemajuan China yang tercapai dalam bidang pembangunan dan perlindungan hak asasi manusia dapat disaksikan umum dalam masyarakat antarabangsa. Di bawah pimpinan Parti Komunis China, negara ini sudah merintis satu jalan pembangunan yang bersesuaian keadaan sendiri, yang boleh menjadikan rakyat benar-benar memainkan peranan sebagai tuan negara dan menikmati kehidupan yang aman dan bahagia. Trend pembangunan China yang terus maju jaya mustahil dibalikkan oleh sesiapa pun.

Tambah Dai, jelaslah bahawa Xinjiang, wilayah yang maju dan amat indah, berada di landasan pembangunan yang mantap dewasa ini. Pintu Xinjiang terbuka kepada dunia, dan sebarang lawatan dan kunjungan ke Xinjiang dialu-alukan.

曹捷