Canton Fair ke-130 Rangsang Pemulihan Ekonomi Global

2021-10-14 12:59:24  CRI
Share with:

Ekspo Import dan Eksport China ke-130 atau dikenali sebagai Canton Fair akan berlangsung secara hibrid di bandar Guangzhou, China pada 15 hingga 19 Oktober.

Naib Ketua Canton Fair, Chu Shijia pada sidang akhbar pada Rabu lalu menyatakan Canton Fair tahun ini membawa makna signifikan demi menunjukkan hasrat China untuk memperkukuh keterbukaan, memelihara perdagangan bebas, memperkasa kerjasama antarabangsa dalam usaha melawan wabak dan merangsang pemulihan ekonomi global.

"Canton Fair edisi ini bertemakan "Dwi kitaran" yang merujuk kepada paradigma pembangunan baharu yang diusahakan China, iaitu kitaran domestik dan kitaran domestik-antarabangsa yang terbuka dan saling menggalakkan," katanya.

Untuk rekod, Canton Fair yang telah diadakan sebanyak tiga kali secara maya akibat pandemik COVID-19 dan pulih pameran secara fizikal pada tahun ini , ini turut menandakan kesemua pameran berskala besar telah pulih diadakan di negara ini.

Canton Fair yang merangkumi kawasan seluas 400 ribu meter persegi ini mempunyai 51 buah ruang pameran mengikut 16 kategori komoditi dengan menawarkan 19,181 buah gerai pameran. Antaranya jumlah gerai produk jenama melebihi separuh daripada keseluruhannya.

Sebanyak 92 buah syarikat termasuk syarikat tersenarai dalam Fortune Global 500 dari 15 buah negara dan kawasan termasuk Eropah, AS dan Kanada akan mengambil bahagian dalam pameran fizikal.

Difahamkan, seramai 143 ribu orang pembeli telah berdaftar dalam fair kali ini, yang melibakan pembeli dari syarikat terkenal di AS, Perancis, Finland, Indonesia dan Maghribi serta institusi perindustrian dan perdagangan asing di China. 

覃淼