PM Li Hadiri Majlis Perasmian Canton Fair

2021-10-15 12:59:43  CRI
Share with:

PM Li Hadiri Majlis Perasmian Canton Fair_fororder_lkq

Perdana Menteri China, Li Keqiang telah menghadiri majlis perasmian Canton Fair Ke-130 dan Forum Perdagangan Antarabangsa Sungai Mutiara di Guangzhou semalam.

Li berkata, surat tahniah dari Presiden Xi Jinping membuktikan tekad China untuk mendorong pelaksanaan dasar pembaharuan dan pintu terbuka.

Li turut memperkenalkan situasi ekonomi China dewasa ini. Katanya, pada tahun ini, ekonomi China beroperasi secara mantap, dengan indeks makro utamanya berada dalam julat yang munasabah. Kami berkemampuan dan berkeyakinan merealisasikan matlamat sepanjang tahun ini, memandangkan ekonomi domestik yang berkembang rancak malah melantun kuat.

Sehubungan itu, China juga akan memanfaatkan kelebihan industri dan pasaran milik sendiri, mendorong pembangunan inovatif dan menambah corak kepada perdagangan luar, misalnya mempercepat pembinaan gudang di seberang laut, membina sejumlah zon rintis digitalisasi perdagangan dalam senario global, terus menambahbaik suasana perniagaan, memendekkan senarai negatif akses modal asing, menyifarkan butiran senarai negatif untuk sektor perkilangan di zon perdagangan bebas, dan melonggarkan akses sektor perkhidmatan asing ke pasaran domestik, dengan tujuannya menjadikan China kekal sebagai destinasi yang hangat bagi pelaburan asing.

Di samping itu, China juga akan giat melibatkan diri dalam usaha menyempurnakan peraturan perdagangan antarabangsa, mendorong penguatkuasaan Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP), dan memeterai Perkongsian Trans Pasifik Komprehensif dan Progresif (CPTPP).

高蕾