Xi Hubungi Presiden Majlis Eropah

2021-10-16 14:23:05  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping telah menghubungi Presiden Majlis Eropah, Charles Michel menerusi telefon semalam.

Xi menegaskan, China dan Kesatuan Eropah (EU) diharap mengintensifkan komunikasi mengenai pembangunan hijau dan digital dalam bidang penggubalan dan pelaksanaan dasar, memperluas bidang kerjasama yang kondusif, menyelaraskan pelaksanaan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) dengan Inisiatif Kesalinghubungan Global EU, memperhebat pertukaran pendapat dan kerjasama berhubung perubahan iklim dan pemeliharaan biodiversiti. EU dan negara anggotanya dialu-alukan melibatkan diri dalam pelaksanaan Inisiatif Pembangunan Global, dan membantu negara membangun secepat mungkin merealisasikan matlamat yang tercantum dalam Agenda Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu 2030.

Xi menekankan, tidak heranlah wujud persaingan, perselisihan dan perbezaan antara China dengan EU yang mempunyai sejarah, kebudayaan, sistem masyarakat dan tahap pembangunan yang berlainan. Kedua-dua pihak diharap menanganinya menerusi dialog dan rundingan. China berhasrat mengembangkan hubungan dengan EU, dan juga tidak berganjak daripada usaha memelihara kedaulatan, keamanan dan kepentingan sendiri.

Charles Michel berkata, pihaknya mempertahankan pelaksaaan dasar 'Satu China', dan tidak pernah mengubahkan dasarnya melibatkan isu Taiwan. EU akan terus menangani hal ehwal antarabangsa dengan berpegang pada strategi berdikari.

高蕾