KDNK China Tingkat 9.8 Peratus

2021-10-18 14:42:35  CRI
Share with:

Ekonomi China mengekalkan trend pemulihan pada keseluruhannya dengan jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mencatat RMB 82.31 trilion (RM 51,44 trilion) pada tiga suku pertama tahun ini, iaitu meningkat 9.8 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Demikian dimaklumkan dalam sidang taklimat Jabatan Penerangan Dewan Negara China di Beijing hari ini.

Sementara itu, penyusunan semula struktur ekonomi dilaksanakan dengan lancar dan berjaya menggalakkan pembangunan berkualiti tinggi di negara ini.

Menurut maklumat, pemulihan ekonomi domestik kurang mantap dan seimbang berhadapan ketidaktentuan persekitaran antarabangsa yang terus menambah.

Dengan ini, pihak-pihak berkenaan dikehendaki mempercepat pembinaan paradigma pembangunan baharu, komited mengawal penularan pandemik COVID-19 bagi mendorong pertumbuhan ekonomi yang konsisten dan sihat

Di samping itu, pelbagai pihak juga perlu memperkasakan pembaharuan, keterbukaan dan inovasi,  merangsang kedinamikan pasaran, mengekalkan momentum perkembangan yang kukuh serta meningkatkan permintaan domestik agar mengekalkan pengoperasian ekonomi pada julat yang munasabah dan menjamin tercapainya matlamat pembangunan sosioekonomi pada tahun ini .

徐国玮