Situasi Pandemik COVID-19 Tetap Teruk di Afghanistan

2021-10-18 14:45:35  CRI
Share with:

Situasi Pandemik COVID-19 Tetap Teruk di Afghanistan_fororder_微信图片_20211018144124

Situasi penularan pandemik COVID-19  terbukti tetap teruk di Afghanistan.

Pegawai Kementerian Kesihatan Umum Afghanistan berkata, kerajaan sementara sedang berusaha untuk menangani masalah kekurangan ubat-ubatan.

Menurutnya, simpanan bahan makanan dan ubat-ubatan sedang digunakan di hospital dan simpanannya akan habis. Sementara itu, kualiti makanan untuk pesakit dan kakitangan perubatan tidak dapat terjamin, pekerja tidak dapat dibayar gaji dan ambulans pula tidak dapat menghantar pesakit kerana kekurangan minyak.

Demikian dilaporkan pelapor Kumpulan Media China (CMG), Abdul Hadi Dareez setelah mengadakan wawancara dengan pegawai, pakar dan sejumlah saudara mara pesakit tentang situasi COVID-19 di negara itu pada Jumaat lalu.

Situasi Pandemik COVID-19 Tetap Teruk di Afghanistan_fororder_微信图片_20211018144129

 

Menurut laporannya, setelah Taliban memasuki Kabul, Amerika Syarikat membekukan aset Afghanistan di luar negara dan menghalang pengambilan bantuan antarabangsa untuk mengelakkan Taliban daripada memperoleh dana. Tetapi langkah tersebut menjejaskan kehidupan berjuta-juta rakyat di negara itu.

Setakat ini,  jumlah kes positif COVID-19 di Afghanistan  mencatat angka 156,000 dengan jumlah kematian lebih 7,200 orang. 

徐国玮