Thomas Bach Penuh Keyakinan terhadap Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing

2021-10-18 16:22:43  CRI
Share with:

Thomas Bach Penuh Keyakinan terhadap Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing_fororder_巴赫

Persiapan Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing berjalan lancar.

Demikian dinyatakan oleh Presiden Jawatankuasa Penganjur Olimpik (IOC), Thomas Bach dalam wawancara eksklusif oleh wartawan Kumpulan Media China(CMG) di Olimpia yang terletak di Semenanjung Peloponnese, Greece Ahad lalu.

Menurut beliau, semua venue pertandingan telah selesai dibina pada beberapa bulan  lepas, pertandingan ujian pula telah dimulakan secara selamat dan turut mendapat respons baik dari atlet tersebut. 

"Maka, saya penuh keyakinan terhadap kejayaan Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing," katanya.

Bach menyatakan, usaha kerajaan China untuk memerangi pandemik COVID-19 meninggalkan kesan mendalam kepada seluruh dunia. China  bukan sahaja berusaha membendung wabak, tetapi juga mahu menghapuskan virus. Kecekapan China telah disaksikan masyarakat antarabangsa.

Beliau menambah, seiring dengan ketibaan kira detik Sukan Olimpik Beijing musim sejuk, IOC akan menumpukan kepada penganjuran dan pengoperasian pelbagai acara pertandingan serta langkah-langkah pencegahan dan kawalan wabak.

"IOC sedang mengadakan perbincangan dengan pegawai Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing musim sejuk dan jabatan kerajaan China serta pakar antarabangsa berkenaan untuk menjamin setiap atlet dapat menyertai temasya sukan secara selamat,"katanya.

胡星