Hasil Pembangunan Kebudayaan Perlu Dikongsi Seluruh Dunia

2021-10-18 14:43:40  CRI
Share with:

Hasil Pembangunan Kebudayaan Perlu Dikongsi Seluruh Dunia_fororder_微信图片_20211018144114

Lebih 300 orang pegawai, pakar dan wakil dari dalam dan luar negara mengadakan perbincangan tentang peranan hak cipta sebagai penggerak dalam pembangunan industri kebudayaan dan usaha mendorong hasil pembangunan kebudayaan agar dapat dikongsi di seluruh dunia.

Mereka menumpukan kepada topik hak cipta  pada Forum Hak Cipta Antarabangsa 2021 anjuran Pentadbiran Hak Cipta Negara China (NCAC) dan Pertubuhan Harta Intelek Dunia (WIPO) yang diadakan di Hangzhou provinsi Zhejiang pada Sabtu hingga Ahad lalu.

Selain isu peranan hak cipta sebagai penggerak dalam bidang kreativiti budaya, para peserta juga bertukar-tukar pendapat tentang penjaminan golongan cacat penglihatan menikmati karya, menerima pendidikan, memperoleh maklumat serta melindungi hak pencipta karya dan pemain.

Menurut mereka, hasil multilateral hak cipta memperlihatkan konsep kerjasama multilateral untuk manfaat bersama serta merupakan batu asas pembinaan mekanisme perlindungan hak cipta antarabangsa yang seimbang dan berkesan. Kerjasama masyarakat antarabangsa diperlukan untuk memelihara hasil multilateral hak cipta tersebut.

Para peserta juga bersependapat, China menyertai dengan aktif urusan hak cipta antarabangsa dalam kerangka harta intelek dunia dan bekerjasama dengan pelbagai negara untuk melindungi hak cipta sejagat.  Hasil yang dibuahkan China dalam bidang tersebut pada beberapa tahun kebelakangan ini turut mendapat pengiktirafan dan penghargaan tinggi mereka.

徐国玮